Cari Blog Ini

Selasa, 28 Julai 2009

Soalan makan diri

Sepanjang ketiadaan aku beberapa hari ini, aku auto publish la beberapa entry untuk sesiapa yang sudi baca. Macam biasa ini masih bahan kopipes. Ujian Dementia untuk menilai kecekapan otak ada berfungsi. Kita uji diri kita ok?

Personal Test-ujian dementia
Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Kamu perlu menjawab dengan pantas. Kamu tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri kamu...



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Kamu menyertai perlumbaan. Kamu mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang kamu ditempat yang ke berapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan kamu tempat yang pertama, sudah tentu jawapan kamu salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!



Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?



Soalan Kedua:
Jika kamu memotong tempat orang yang terakhir, jadi kamu di tempat...? (lihat bawah).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jawapan: Jika jawapan kamu tempat kedua terakhir, kamu salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana kamu boleh memotong orang yang terakhir?



Adakah kamu pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?



Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan hanya menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan kamu 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika kamu tak percaya gunakan mesin kira-kira! Mungkin ini bukan hari kamu kan ? Mungkin kamu boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:
Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati.

Mudah sahaja.




7 ulasan:

  1. ekekeke..thanks sbb bg jawapan sekali..takyah nak pk

    BalasPadam
  2. ekeke... 2 je betul. tu pun ko bagi tekanan tak leh amik masa panjang. Manusia memang jadi panik bila keadaan menguasai diri. Tertarik soalan ke 2 dan keempat tu adehlah

    BalasPadam
  3. seperti pernah kulihat...tapi di mana yaa..?

    BalasPadam
  4. huhu....ni macam dah kali kedua kena ni...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...