Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Ogos 2009

Itu hari entry tipu saja

Ingat tak entry ini?

Itulah akibat autopublish. Aku buat entry tu sebelum aku pergi kursus lagi, konon-konon nak inform aku akan balik kampung halaman. Sebab habis kursus tu aku nak terus balik kampung. PD - JB dah separuh jalan. Cuti pun dah approve kan.

Sudahnya, lepas majlis penutupan kursus itu lebih kurang pukul 12.30tgh, bos telefon suruh balik pejabat. Kena balik juga. Sebab orang audit ISO tengah sibuk memcari kesalahan di pejabat tu. Huru hara jap aku. Sempat menangis sebab tak dapat balik kampung.


Hahahaha memang padan dengan muka aku.

Tapi...


Dengan terkinja-kinja aku umumkan lagi aku sudah berada di JB bersama keluargaku dengan selamat. Dah dua hari pun. Amin!



Tapi...

Sekejap lagi aku kena bersiap-siap untuk balik ke Kuala Selangor pula.
:(



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...