Cari Blog Ini

Khamis, 16 Julai 2009

Tanda-tanda suami/lelaki yang cintanya jujur dan ikhlas

*Sumber masih lagi berbentuk kopi dan pes dari email. Rasanya dalam majalah dan suratkhabar pun ada publish.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya..

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah..
  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk pasangannya dengan rela bukan kerana terpaksa

  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati pasangannya

  3. Dia banyak menasihati pasangannya kerana dia sayang akan pasangannya

  4. Dia sentiasa takut kehilangan pasangannya

  5. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu pasangannya melakukan apa saja

  6. Dia akan menggelabah apabila pasangannya berjauhan daripadanya terlalu lama

  7. Dia sentiasa memastikan keselamatan pasangannya

  8. Dia mementingkan pasangannya dari diri sendiri

  9. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya

  10. Dia akan cuba meluangkan lebih masa dengan pasangannya walaupun menunggu pasangannya dengan sabar

  11. Dia membanggakan pasangannya depan orang lain

  12. Kalau dia ditinggalkan oleh pasangannya,dia akan berasa serik dan tidak percaya cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan pasangannya kembali padanya

  13. Apabila timbul orang kedua,dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk merebut kembali pasangannya

  14. Dia menganggap pasangannya sebagai orang yang paling dipercayainya dan menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri

  15. Dia tidak akan berlaku curang pada pasangannya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai pasangannya

  16. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan



Lelaki menangis comelkan??









Syimalicious: No komen.

14 ulasan:

  1. Selalu macam tu la.. tapi bila dah kawin... Tukar perangai pulak...
    itulah sebab berlakunya banyak kes cerai sekarang ni...

    Walaubagaimanapun carilah lelaki yang akhlaknya baik...
    elakkan perlakuan tidak senonoh...

    BalasPadam
  2. sweet.
    setakat nie..masih sama cam 4 tahun lepas.
    harap2 akan sama sampai 50tahun lagi
    hehee..

    BalasPadam
  3. Sebenarnya hati lelaki ini sukar untuk dimengertikan syima. Maaf, pada pandangan jujur saya, lelaki sebenarnya tidaklah setia 100% jika diukur dari aspek ‘setia tanpa menoleh lagi pada perempuan lain’. Mungkin apa yang syima katakan itu betul sebelum lelaki itu memiliki cinta dan pasangannya. Ini hakikatnya.

    Bagi saya, cukuplah bagi seorang lelaki yang baik untuk dan akan berusaha untuk setia bersama pasangannya sehingga akhir hayat…

    Hati lelaki pasti teruji jika hadir seseorang walaupun ia sudah berpunya. Percayalah.. seorang lelaki pasti akan melihat 2 kali perempuan yang melintas depannya jika ia merasakan perempuan itu menarik .. walaupun hakikatnya ia sudah berpunya dan memiliki pasangannya yang memangpun sudah amat menarik.

    Pengalaman saya bersama teman-teman mengiyakan hakikat ini.. namun itu sekadar ‘cuma melihat’. Yang pastinya lelaki yang setia itu masih dan akan berusaha untuk setia kerna memikirkan akan kasih sayang dan pengorbanan pasangan / isterinya yang sekian lama bersamanya apatah lagi jika dah mempunyai anak.

    Memang lelaki akan sanggup berkorban hatta melibatkan risiko nyawanya sendiri… (berkorban nyawa pada isterinya 100% dan berkorban nyawa pada pasangan kekasih yang belum bergelar isteri 85 - 90%).

    Tentang airmata lelaki tu.. ermmm..

    ops! panjang pula komennya.. hehe. macam entri pula..

    BalasPadam
  4. hehehe~

    aku pula bila mau dapat ni eks?

    takpe..nanti aku copy paste, simpan..kaalu tiba saatnya, aku ada check list nanti~ ahaha~

    BalasPadam
  5. satu pun tak berkenaan. sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  6. naquibex
    kurang didikan agama, dan DUIT punca penceraian sekarang... termasuk juga SEKS...




    zuris
    ye... aku tau mr shahril adalah dunia dan akhirat ko... hihihiih




    cikgu rashid
    hurm... i aware of that... dan sy juga akan juga untuk menerima hakikat tersebut.. apa guna tuhan bg 4 kuota kan?? kebenaran adalah pahit untuk ditelan....



    Zara
    kamu muda lagi....




    aslina
    tak jumpa lagi.... bolehlah cakap.... huhuhuuhuh




    ayin
    betul....betul....betul.....! :p

    BalasPadam
  7. aaaaa... trharu baca entry ni.. best.. :)

    BalasPadam
  8. betol betol betol (upin& ipin pun mengiakan)..hakikatnya lelaki dan wanita akan menunjukkan sikap yang sama. dan juga sikap yang sebaliknya juga walaupun sayang kat orang tu.Ada juga lelaki dan perempuan yang bertopeng yang ditunjukkan bukan lah sikap yg sebenarnya,bila dah dapat emmmmm (aku sokong ckp aslina hehe)

    BalasPadam
  9. Gua nak ajak lu dtg mkn kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..

    BalasPadam
  10. susah nak jumper lelaki yg cam dinyatakan itu

    BalasPadam
  11. masih adelagikah cinta sejati dr seorang lelaki? ermmm..
    tp bab airmata lelaki tu..i tewasss..

    BalasPadam
  12. nok, aku sokong beberapa point dlm n3 ko tu tp pendapat aku la..sgt ssh nak cari lelaki yg btol2 sejati tu...sbb kdg2 lelaki ni sukar diduga...x semudah tu dia nak luah or tunjukkan dia syg kat psgnnye tp kalo dia kehilangan psgnnye barulah kite tau yg dia btol2 sygkan psgnnye tu....

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...