Aku demam. Dapat MC dan kuarantin selama 4 hari.
.
.
.
.
.
.
Jangan buat spekulasi lagi. Baca selanjutnya...
Semalam, selepas berpenat lelah berperang dengan antibodi yang semakin lemah, akhirnya aku mendapatkan rawatan di Hospital Tg Karang. Teruk demam kura-kura aku ni. Tengahari telan Uphamol 500mg, ok kejap. Masuk petang dah start menggigil.
Terpaksalah meredah ke hospital dan sampai 8.45mlm. Sampai ke kaunter separa kritikal, aku pun cakap nafas aku wheezing konon-konon dengan harapan boleh potong queue. Langsung seorang lelaki sebesar bonzer bawa aku ke tempat untuk sedut gas/nebulizer machine. Aku tak semput, jadi aku cari helah supaya nurse datang pada aku untuk check temperature badan. Tapi tak dilayan. Dia kata lepas ni daftar di kaunter luar (zon tidak kritikal).
9.30pm. Dah selesai sedut gas aku daftar dan tunggu giliran. Masa tu mata dah melilau-lilau. Takut. Hospital tempat orang sakit. Potensi terkena jangkitan tu pasti ada. Dan aku tak pakai mask. Masa tu menggigil tak hengat. Kesan sampingan ubat sedut selama 30min dan demam aku. Serious wei, aku dah macam penagih dadah dah tapi versi gemuk. Sampai menangis sebab tak mampu tahan sakit.
Tengok orang. Semua bawa partner, maksud aku ada insan tersayang disisi. Mak ayah aku jauh, apatah lagi buah hati. Lagi sayu la hati aku, nangis senyap-senyap. Dalam pukul 10.45pm baru nama aku dipanggil. Gila tak? Satu jam lebih merana, mengerekot kesejukan dan kesakitan.
Doktor check guna stetoskop, tekan sana tekan sini. Dia tanya semua simptom-simptom H1N1. Aku tak pasti jadi aku cakap aku demam teruk pagi tadi dan batuk-batuk. Dia bawa aku ke suatu tempat lagi. Dia check tekak aku. Lepas tu berlalu dan kembali dengan mesin check tekanan darah. Sampai sekarang aku jahil nak baca bendaalah tu. Pastu doktor pergi lagi dan bawa termometer yang tempek kat dahi tu. Sekali dia cakap "You ada high fever ni. 39 darjah celcius"
Owh, masa tu aku dah meleleh airmata. Aku fikir aku akan mati, tinggalkan keluarga aku yang sedang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan aku. Aku nak kawin pun tak sempat. Terdengar suara kawan aku si peneman masuk ke bilik pemeriksaan "Ada tak pesakit bernama Syima?" Lepas tu jawab si lelaki yang berbaju biru "Tak ada, dia dah balik rasanya" Watdefak kan??
Doktor cakap "Kalau Nor demam lagi esok terus datang sini ok?" Owh panggil aku dengan nama Nor. Sebab agak emergency, farmasi dibuka sebab hendak nak bagi aku ubat nama Tamiflu. Itu adalah ubat precaution H1N1. Aku sampai rumah dalam 12.15pg. Amat letih dan terus tidur.
Esoknya..(yakni hari ini) aku masih bernafas, dah makan seperti orang tak pernah sakit.
Syimalicious: Ajal itu pasti. Kalau bukan hari ini, esok lusa. Tiada siapa yang tahu. Takziah buat keluarga Allahyarham Uztaz Asri Rabbani dan Param.
Ko buat suspen jer..
BalasPadamAlhamdulillah bukan H1N1..
Risau aku..apsal byk sgt kes kat Msia ni?!
makan ubat. skang ni musim penyakit tol la...
BalasPadamaku pun kekadang kat sini kene panggil nor da... org italy nak sebut sharizan terbelit2 lidah derang. tak suka arr kene panggil nor
makan ubat...jgn ponteng2 mkn ubat...get well soon!
BalasPadamhuhuhu... H1N1 ni bahaye betul laa skang...suke2 dier je merebak...
BalasPadamhuhu...rehat lah ok!!..
BalasPadamBerat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
BalasPadamalhamdulilah..dah ok ye. anyhow..ubat tu jgn tinggal pulak..
BalasPadam