Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Ogos 2009

Misi mencari kek di Sushi King

Tarikh kejadian: 31 Jun 2009

Aku baru dapat tahu sedara aku dari Kedah ondway nak ke sini. Anak dia belajar di UTM ni, jadi singgah la sini tidur satu malam.

Alkisah, hari ini adalah harijadi omak aku. Memang hajat nak buat majlis kecil, beli kek je pun.

GF adik aku kebetulan ada sini, maka aku arahkan dia untuk pergi cari kek. Pusing punya pusing dia bawa balik kek kecil cipotet. Adeh!! Keluarga aku dan keluarga pakteh ramai. Memang tak cukuplah.

Abah tak puas hati, maka adalah tugas aku pula pergi mencari kek yang lain sebagai tambahan.





Lepas dah beli kek, terasa nak membazir duit di Sushi King. Dan sebenarnya aku tak pernah jejak kaki di mana-mana Sushi King pun. Ini kira first time la. Jakun kan? Tapi adik no 4 sangatlah rajin makan Sushi King JJ Tmn U dan tak pernah teringin nak bawa aku sekali.

Dengan kontrol cun dan ala-ala berlakon macam biasa makan sushi aku order sushi untuk take away. Ada ke orang tapau sushi RM5 di situ yer? Aku selamba je tapau. Hahaha

Owh! Aku tak sempat nak snap gambar sushi yang aku beli tu. Semua dah ngap masuk perut dulu.




9 ulasan:

  1. eh?

    kejadahnya bai atas tu ada kat sini? macam faham BM je~

    ok2..abaikan rasa sakit hati tu~

    woot!

    kamu pergi makan sushi kat taman U?
    apakah?

    kamu duduk mana ni sayang?

    BalasPadam
  2. zara

    sayang ku...kan sudah aku bilang kedua orang tua ku tinggal di skudai, JJ Tmn U la yang paling dekat untuk pergi "merewang"...

    BalasPadam
  3. aku sll tengok org yg keluar dr sushi king tu mesti belek2 kertas bil tu dari muka pintu spi ke tangga (kat depan sushi tu ada tangga) knp ek.. sama ada terkejut makan yg dimakan tu mahal atau murah. aku tak pernah masuk pun sbb tak de kawan nak teman sbb aku tak tau nak oder makan cam ner huhu

    BalasPadam
  4. bila dah ngap masuk peyot baru teringat nak snap kan...huhu..kite pun selalu cmtu..

    BalasPadam
  5. lily lotus
    hahaha tetiba mengidam sushi...



    i hate lolipop
    adik lelaki?? ada.... tapi... macam tak ada... hahahah ada faham ka??



    siti murni
    itu la... kalau dah melampau tahap kelaparanya... gambar pun lupa nak snap....

    BalasPadam
  6. tp sushi tu sedap kn kak ngak
    sushi teloq ja kot
    huhu
    ag 1 sushi cicah kicap
    ngeh2

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...