Instagram Shots

Selasa, 15 September 2009

Akibat makan depan orang berpuasa

Semalam, tempahan kuih Almond London dah pun aku terima. Selalu tengok orang beli sampai berbekas-bekas, aku ambil risiko beli tiga balang memandangkan order adalah meriah.

Aku pun bebal semacam lepas terima kuih-kuih itu aku sumbat dalam kereta yang tersedia berteduh dibawah matahari. Ala, kalau berteduh dibawah atap rumbia sekalipun, kereta aku tu tetap bahang seperti dalam oven.

Walaupun ditegur perbuatan aku tu, aku tetap nak simpan dalam kereta dan menyertai operasi. Petang masa nak balik aku tengok coklat tu sudah melting. Uwaaa!! Salah siapa?? Bengapnya lah aku ni sekejapan.


Apalagi, aku pun ngap-ngap sesampai rumah tu. Memang sedap u olls. Tak percaya tahun depan test beli nak?