Instagram Shots

Khamis, 24 September 2009

Aku nak buat pengakuan

Aku dah semak. Tak boleh nak fikir apa dah.

Mak kata "Belum kahwin dah gaduh-gaduh..."
Abah kata "Time suka dia mengekor je awak, masa nak bagi nama untuk pindah haritu siap tanya abah. Time gaduh awak yang perempuan ni pula merayu-merayu pada dia. Abah tak suka macam ni."

Aku bagitahu aku gaduh bukan break off. (Aku tau korang mesti suka cerita ni) Aku tipu diorang. Terpaksalah, sebab diorang dah mengharap aku akan ke jinjang pelamin nanti. Tapi... tiada arah.

Aku mulut jahat. Tapi belum sampai kearah perbuatan busuk sebusuk hati yang busuk. Tak. Mulut saja yang jahat. Dan ego yang terlebih. Sejahat-jahat mulut aku sebenarnya kalangan lelaki juga pun ada yang mulut jauh lebih hebat jahatnya.

Aku dah silap percaturan. Penantian yang seakan-akan dipermainkan dan dipersia-siakan. Janji-janji kosong terus ditabur dan membiarkan aku untuk menagih harapan-harapan palsu. Tak berhasil perkenalan yang lama sebegini sekiranya dia masih tidak memahami keadaan aku, lebih-lebih lagi bila hampir waktu datang bulan.

Sedih. Tapi dia tetap buat-buat tak perasan.

Akhirnya mungkin benar telahan aku. Perpisahan ini dirancang. Perancangannya begitu teliti dan halus tapi dikaburi dengan memberi harapan dan angan-angan yang tinggi. Perempuan mulut jahat tak boleh berubah katanya. Tapi aku cakap, janganlah melihat kisah lalu untuk membentuk masa depan. Kalau itulah takdir untuk aku, nak cakap apa lagi kan? TAPI, dia tetap tiada tandingan. Dia insan yang terbaik sebenarnya.

Marilah bertepuk tangan wahai seteru-seteru ku. Kamu boleh bersedekah pisang ke masjid akan kekalahan aku pada kali ini.

My dear,
If you read this, I guess you know this is for you. I'm not behaving like one that day. Accept my appology. Apa yang berlaku it beyond my control. It's a hormone thing and my stupidity. I'm so sorry.
I admit i still love you.

I want you back for good.

See, aku merayu lagi...






Syimalicious: Everybody has their own darkside. I'm willing to change but i'm all alone. So how?