Cari Blog Ini

Isnin, 9 November 2009

Aku geram dan aku berdendam. Beruk betul!!

Dulu ~ pagi-pagi aku dah bergaduh mereka.

Pernah sekali aku buka pintu belakang dapur dan pintu depan rumah waktu pagi untuk mendapatkan udara segar masuk. Dan rezeki masuk. Alih-alih yang masuk bapak beruk yang cuba mencuri sebuku roti yang ada di dapur. Aku siap berkejar menghambat bapak beruk ni tapi dia berjaya meloloskan diri mengikut lubang-lubang besi kat dapur tu.

Pernah juga berlaku, aku membuang roti yang dah berkulat di dalam ruang membuang sampah yang berselak, tapi beruk tu bijak buka selak tu dan selerakkan sampah yang aku buang untuk mengambil sebuku roti dan sisa-sisa yang sampah yang boleh dimakan.

Aku geram, kejar balik beruk tu dan rebut roti tu. Tapi biasalah, beruk jantan tak takut perempuan kan? Dia sergah aku balik. Aku terkejut, aku hempuk roti tu atas kepala binatang tu dan lari. Hahahaha. Aku rasa bangga dapat pukul binatang tu dan menyelamatkan diri.

Tapi jiran sebelah rumah aku kata tak baik buat macam tu, dia binatang yang ada sakti. Binatang itu kan dewa yang mereka sembah. Dia kata binatang itu boleh sumpah aku, kalau aku aniaya diorang. Aku respeklah agama diorang.

Yang aku pantang, mereka bagi makan betul-betul belakang rumah aku. Dah tentu beruk-beruk ni berak merata-rata di sekitar rumah aku. Aku patut nak marah siapa? Beruk ke jiran aku?

Hish... Ada hari ko, siaplah ko beruk. Eh! Ini beruk ke kera? Aku tak reti bezakan.







Syimalicious: Dendam yang tak berbalas.

5 ulasan:

  1. haha
    nanti klu beruk baca blog ni camne?
    mesti dtg serang kamoo
    huhu

    BalasPadam
  2. dah kata binatg kn mesti takde otak..
    takpun tembk jek guna gun abeh cite.. =P

    BalasPadam
  3. Kawasan ape yang ko tinggal nih? Mcm tempat aku jugak ke??? :P

    Ko amik je dia.. wat jd pet!!!!

    BalasPadam
  4. lor... kalau gitu beri racun je sama beruk tu... letak racun kat pisang... aahahhakkss

    BalasPadam
  5. beruk tu ade tuan ke sist??
    teringat zaman kt asrama polisas..
    beruk msuk dorm amik megi.. tp die baek hati.. tngalkn sebungkus utk tuan pnye megi tuh..hahaha

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...