Seperti yang dijanjikan, kawanku ini menjemput aku ditempat yang dikatakan tu. Naik satu kereta kan lebih afdal untuk ke tempat-tempat sebegitu? Kawasan yang dijanjikan bukanlah tempat yang ramai orang, agak sunyi walaupun ada shoplot. Dia menyuruh member dia untuk beli rokok di 7eleven di situ.
Dengan perasaan tergedik dan keadaan terkinja-kinja aku terus sahaja membuka pintu kereta dan melabuhkan punggung ditempat duduk belakang belah kanan.
Aku memanggil kawanku itu berulang kali. Dia seakan menunduk dan aku tak jangka apa-apa pun. Kemudian aku memanggil lagi namanya. Seraya dengan itu dia pun menoleh.
Zuuuppppppp!
Jantung aku berdegup kencang dan aku menjerit sekuat hati. Masa tu nak cari pembuka pintu pun dah tak jumpa. Ini rupa dia pada malam itu.
Cipet sungguh, rupanya dia memakai topeng hantu. Aku terus menyumpah seranah dengan begitu heaven sekali.
Muka selepas terkejut dengan topeng itu dan muka selepas habis terkinja-kinja. Chenta cakap muka ku serupa orang lalok hisap ganja, tapi sumpah aku tak pernah rasa semua menatang tu. Jahat tak muka ku?
isk, mana tak terkejut tgk muka camnie.
BalasPadamerk.
sib baik tak pengsan wei.. =)
BalasPadamteringat citer aku tuh meremang bulu tengkuk...
BalasPadamkalau ly kompem dah pengsan :D
BalasPadamnasib baik tak pengsan.. kalo sy kena mmg dah kena baling ngan kerusi da..hahaha
BalasPadamhaha
BalasPadammmg menakutkan!!