Cari Blog Ini

Jumaat, 13 November 2009

Liku-liku yang terpaksa ditempuhi sebelum menonton Phobia ~ Ver1

Semalam, aku tak pasti apa penyebab malangku, bateri kereta aku kong. Siot betul, disaat-saat genting, aku nak balik mandi dan menonton wayang bersama kawan-kawan, baby hamsterku buat hal.

Datanglah hero-hero lewat usia dan usang untuk membantu aku.


Siap tolong cari jumper lagi. Sungguh prihatin rakyat Malaysia ini.


Dan kami masih sempat berposing sukaria di kereta berkenaan. Dan baju kurung pepel itu adalah sangat cacat.

Pada mulanya hero-hero ini membuat cubaan untuk men-jumper dari bateri kancil 660cc ke savvy1200cc. Tetapi gagal. Cubaan kedua pula dengan men-jumper dari bateri en perdana V6. Namun usaha itu menemui kegagalan juga.

Maka timbul satu summary dari hero kelepir yang mengatakan kereta aku bukan bermasalah dari segi bateri tetapi computer box. Tak semena-mena, hujan yang super lebat memhempas ke bumi dan kami huru hara mencari tempat berteduh. Aku call pomen. Pomen pula cakap dia ada nak tengok satu lagi kereta dibengkelnya tetapi memberi jaminan akan membantu aku.

Dalam kebasahan hujan yang super lebat itu, aku menumpang kereta kancil ala-ala-sport tapi-tak-laju itu menuju ke Restoran Yussof untuk pekena roti telur cicah kari daging kambing.

Masuk suapan ke-5 pomen itu call dan mengarahkan aku ke tempat kejadian. Huru hara jugalah aku nak menghabiskan makanan.



Dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi tertib, enjin baby hamster ku kembali berfungsi. Yes! I love you mr. pomen! Mr. pomen ku itu bernama Ah Yong, (lagi hensem, gagah, dan bergaya)

Tapi mengapa kaedah hero kelepir gagal dan membuat teori mengatakan computer box aku yang rosak?? Haih!!



4 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...