Cari Blog Ini

Jumaat, 13 November 2009

Liku-liku yang terpaksa ditempuhi sebelum menonton Phobia ~ Ver2

Terbaca review tentang cerita Phobia oleh budak pink dan belle tetiba hati terdetik nak ajak kawan-kawan pergi menonton sekali. Tapi dengan rasa tamak nak juga tengok cerita 2012, memandangkan baru keluar tayangan di TGV semalam.

Nak tengok cerita 2012, tapi dah full. Kami sampai di TGV Bukit Raja dalam pukul 9.30pm. Tiga panggung dibuka pun tak sempat beli tiket walaupun tayangan pukul 10.15pm. Bermakna subuh-subuh lagi orang lain dah beli tiket. Mujur juga kami buat reservation online untuk tiket Phobia. Itu pun dah nyaris-nyaris nak habis.

Punyalah ramai orang nak tengok wayang. Aku bajet, ini budak-budak yang baru habis exam yang ramai memenuhi TGV sini. Kebetulan seat aku time ni didepan budak-budak "baru nak naik ni". Agaknya bikin kecoh dalam panggung wayang adalah sesuatu yang cool. Ish! Setiap kali tengok wayang mesti aku nak bergaduh dengan orang. Itu tak kena, ini tak kena. Harus lepas ni kena buat mini panggung di rumah.

Yang duduk belakang aku ni, suka betul gegar-gegar kerusi aku. Dah tu, sibuk dok bersembang dalam wayang. "Kau fikir aku bayar tiket ni nak dengar kau bersembang?" kawan aku tolong jeritkan. Kenapa ada setengah orang suka buat ulasan bila tengok wayang?

Aduh... banyak tul kena bersabar ni.



1 ulasan:

  1. aku pi tgk wayang citer ni masuk kul 7. org tak de langsung. kalau masuk lambat konfirm penuh =)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...