Plan mengejut. Nak bermandi-manda di Sunway Lagoon.
Aku nak bawa kereta laju-laju. Super laju. Sebab Kuala Selangor dan Sunway bukan satu jarak yang dekat. Nak beli roti banyak-banyak sumbat dalam beg. Dalam tempat tu mesti makanan mahal-mahal.
Aku eksaited melampau ni, dah lama tak main air. Semua orang sibuk. Biar aku dan gegadis sahaja yang pergi.
Tapi kalau tengah laju-laju tetiba terserempak dengan kenderaan ini, mungkin aku akan slow. Slow sebab nak gelak. Motif nak gelak? Besau nau tulisan "berhati-hati di belakang saya". Aduyai...

Gambar ini ditangkap sewaktu kami melakukan operasi pasar pagi sekinchan.
"Maaf ya pakcik, makcik, kalau kamu atau anak-anak kamu terbaca entry ini. Kerana pada saya ia amat lawak."


3 Comments:
woii sekichan...nenek..nenek ku...buat ape tuh nek???
hehe..mmg lawak. slalu berpesan dlm hati je..sbb tak tergamak nak letak sticker cmtu..
aa lawak ler..
Post a Comment