Sebenarnya...
Aku belum bertunang lagi. Tapi terima kasih atas wish dari beberapa kengkawan dalam entry ini.
Agak terselamatlah bagi mereka yang add aku dalam facebook, sebab mengetahui cerita sebenar disebalik gambar ayu aku duduk bersimpuh itu.
Ya! Adik lelaki aku telah melangkah bendul dengan mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya. Baru bertunang. Jangan cakap aku tak laku. Aku masih belum jodoh. Hehehehe.
Berlangsung di Bandar Sri Bandi, Kemaman (setahu aku ini kawasan Felda) satu majlis pertunangan kecil-kecilan dan mengejutkan telah diadakan. Kita layan gambar je lah!
Gambar ratu mesti ada. Yang di sebelah tu adalah yang mulia ayahanda ku.
Barang hantaran dari kedua-dua pihak.
Kata majlis simple, sebab adik aku yang ni islamik sikit. Jangan membazir kata dia. Upacara sarung cincin pada bakal menantu perempuan biasa kita tengok kan?
Tapi aku sangat janggal pada upacara sarung cincin pada jari si lelaki. Adat belah mana tu?
Bila selesai, mesti ada makan-makan. Keluarga bakal ipar aku ni tak ada buat buffet. Makan main pas-pas pinggan. Sangat sempoi. TAPI marveles ok nasi ayam penyet dia!! Owh lupa nak bagi tahu, originality orang tua bakal ipar aku ini orang Indonesia yang ada IC kita. Itu sebab sambal goreng nasi kukus (nasi ayam penyet) dia meletop!!
Adik no dua dan tunang dia.
Kami gambar ramai-ramai, dan aku antara yang terCANTIK disitu. Hahaha mati lah statement perasan!
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
ooo macam tu.. grrrrr grrr
BalasPadamx baik ar syima tipu kenkawan.hahahha
BalasPadam