Cari Blog Ini

Rabu, 9 Disember 2009

Lepas PTK, New Moon pulak!!

Semalam aku berkesempatan untuk menyaksikan movie New Moon di GSC Alamanda. This is my 1st time jejak kaki di GSC Alamanda. (Kecoh... itu pun nak war-warkan)



~Berlibur di waktu kerja. Mampus kalau mata-mata dapat tangkap ni.~




~Chipmunk tambahan~


Sebelum tayangan, aku bergambar gedik dulu. Maklumlah aku ni jarang tengok wayang, jakun la sikit.


Aku tak adalah berahi sangat untuk menengok movie ini. Tapi disebabkan asakkan, hasutan dan cerita-cerita yang disensasikan dalam blog mengenai movie New Moon, haruslah aku terpengaruh.

As the 1st movie ~ Twilight tu aku tak pernah nak tengok, aku merasakan payah untuk aku faham cerita seterusnya. Tapi aku cuba layankan juga.

Orang kata Edward ini hensem, tapi pada aku muka dia macam arboq*. Ada certain angle saja dia nampak macam lelaki. Hahaha. Bak kata Peej, lain orang lain citarasa. Pastu masuk pula watak si Jacob yang berambut panjang itu. Tak boleh blah. Mulalah aku mengkaji apa yang best pasal cerita ini.

Tapi... bila Jacob dah berambut pendek aku dah jadi excited. Agak menawan hati beta bila nampak wajah kejantanan walaupun hidung dia macam semacam. Itu hidung original ke?

Part yang paling best bila Jacob topless. Ada ramai yang mengaku ternganga tatkala si Jacob tidak berbaju. Betul tak? Aduyai... aku tak suka lelaki yang bermuscle tapi bila Jacob begitu aku naik syiok. Hahaha! Atau ayat yang best "Aku ghairah."

Yang tak best bila Bella terpaksa cakap pada Jacob dia lebih syok dengan Edward. Aku kesian pada Jacob. Jacob, you still have me. Haha!

Dan kesimpulannya aku macam dah masyuk dengan keasyikan cerita cinta sejati yang tak wujud dalam dunia realiti ini.

Ending dia macam tergantung pada persepsi aku, maknanya ada sambunganlah kan? Siapa notice skrip masa part last tu? Aku kasi ubah sikit. Hahaha


Kan sebelum time Edward propose Bella untuk kahwin dengan dia, dia konon-konon minta masa kan? Kalau ibaratkan aku itu Bella aku akan cakap "It's ok. Kalau u lambat sangat, I ada Jacob". Kawan-kawan aku lagi mulut jahat, diorang cakap kalau aku dalam situasi sebenar mesti dah ramai skandal aku pasang. Tak kan nak tunggu?? Huhuhuh

*arboq = bapok

5 ulasan:

  1. aah. xde hensem sgt si edward tuh. ensem lagik rain. he3.. leez xtgk new moon lg. but, twilight dah tgk la..

    BalasPadam
  2. aaaaaarrrrr..jeles..jeles..akak ntah bile tawun dpt tgk...

    BalasPadam
  3. hahaha
    ndak jg hensem bah si edward tu..
    utk new moon 3.5 stars.hehehe

    BalasPadam
  4. memang Jacob nampak lagi ensem dalam cerita nieh. Tapi kan, gigi dia putih sangat! masa rambut panjang tu, ada nampak sedikit jongang:P

    tp muka edward pulak macam tak mandi...hehehe...

    kalau suka tgk yang hensem, cerita nieh best.

    tp kalau suka tgk lawan2...cerita dah jd kurang best:P

    BalasPadam
  5. saye pun ter-suka tengok jacob. =p

    walaupun sama la tak paham citer mula2 menatang ni. layankan aje.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...