Aku banyak sangat berhutang cerita dalam blog ni, tapi kemalasan menguasai diri untuk mengupdate.
Hari ini, aku rasa nak habiskan masa dengan meng-google map tempat yang pernah aku tinggal atau related dengan diri aku.
Hampir sepuluh tahun aku pusing-pusing di Sitiawan. Yer, most of my chilhood time in Sitiawan. Masa tu la kenal erti sahabat, kasta, pilih bulu, macam-macam. And Rieha satu-satunya sahabat ketika sekolah rendah yang sentiasa keep intouch. Then baru jumpa Farah, Izan, Iza dll.
Sekolah yang banyak memberi kenangan pada aku. Aku kenal pada cinta monyet. Hahaha dengan budak sekolah teknik Arau. Dengar cerita dia dah kahwin dengan stewardess. Di sini aku ramai kawan. Dan ramai juga kawan yang aku dah lost contact. Dulu aku rasa nak jadi taiko besar tapi hampeh. Cuma tak sempat jadi minah rempit atau pembonceng motor mat rempit. Terlalu banyak kenangan di sini.
Ini map rumah bujang aku di Kuala Selangor. Kalau google satelite nampak hutan je. Huhuhu
Family aku sempat hidup dikawasan yang sesak ini selama 2tahun. Sempatlah juga perasan duduk di perumahan elit. Kalau tengok rumah-rumah di Padi Huma aku selalu terfikir "jual dadah ke diorang ni??" Tapi aku tinggal di area Padi Ria dan yang tak boleh blah rumah teres dua tingkat di sini kereta sampai 3-4 buah (termasuk famili aku... kekekeke), lepas tu berebut parking. Dan kat sini juga kucing kesayangan keluarga aku, Montello bersemadi.
Then kami sekeluarga berpindah tinggal di perumahan baru buka di Kangkar Pulai. Tempat orang bunuh orang lepas tu campak di estet kelapa sawit di sini. Tapi itu cerita dulu. Kat sini pun aku feeling macam duduk perumahan elit. Orang kata rumah cluster yang buntut dapurnya bersambung 4 rumah adalah elit. So aku pun bantai cakap rumah aku gah dan seelit orang kaya. Hahahaha. Tapi perlu sedar, rumah sekarang makin lama makin mahal dan makin kecil ruang lingkupnya.
Tetiba masuk map negeri Pahang.
Ini kampung Shrek. Sangat pedalaman pada hemat aku. Dekat dengan Taman Negara yang aku sendiri pun tak pernah sampai. Mana tahu, makbul doa mak ayah aku, aku jadi menantu orang Felda Padang Piol. Kekekekeke.
Ini pula map kawasan Bera. Parlimen yang dikepalai Dato Ismail Sabri, si bapa Dafi AF tu dan juga menteri di kementerian tempat keje aku. Shrek kerja di sini. Dalam hutan. Hahaha. Jarak kami macam 250km. Sangat jauh untuk berjumpa selalu.
Oklah, setakat update ala kadar. Aku tak sihat. Tidur dulu k?
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
uuhhh setiawan...same lah dgn en syazwan.membesar dek opah kat setiawan,sekolah pastu campak balik ke pangkuan mak bapak pas dpt adik..
BalasPadambestnya main google map kan.
BalasPadamni mengungkit kisah kecik2 ni..hehhe
pernah gak stay 2 tahun kat sitiawan...rindu kat fajar..
BalasPadamnak google jugak la umah saye.
BalasPadam