Cari Blog Ini

Selasa, 22 Disember 2009

Jalan penyelesaian masalah ANDARTU

* kopipes punya article

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allah jadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikan berpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan dengan bunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunan masing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.” Firman Allah lagi, “Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.”

Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu.

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalahummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek da nmenghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.

Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang
bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka taku tterkongkong, terbantut kareer. Bagi mereka, kononnya
beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorangparamugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badansudah hilang potongannya, mengandung pula, hendakfikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yangmencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinanhingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikapibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang buludalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak daramereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yangtidak sama darjat dan keturunan serta berjawatantinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripadaorang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalupemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelakimoden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk,tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambilkeputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itusetia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah diapenyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorongwanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untukberkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebihlagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulahwanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yangkita takuti, pilih punya pilih terpilih punggungcawan!

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin keranapernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya,yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alamrumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran danpenganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitarhidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangatmendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh
menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan adajuga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta(frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat puladengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak bolehkahwin selagi belum tamat belajar. Masalah inimelibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luarnegeri. Sedangkan dalam masa yang sama,pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepasbebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkanperkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggupbersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayannafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiriakan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi,perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirikyang lebih besar daripada seorang leki-laki yangmenumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.”

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilanganandartu dalam masyarakat hari ini adalah belanjakahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naikmacam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anakperempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanjakahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itusudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnyameningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung
RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalauyang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilahhantaranya? Ini semua menghalang wanita daripadakahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satufaktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalammasyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisisdalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yangmendorong pelepasan nafsu seks secara haram.

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidakdicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akanjadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapattidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yangberiman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yangdiredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terusditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkansalasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yanglahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinyauntuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cubadiselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidakmengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun,masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartuini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatianberat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting.Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilannegara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akantergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yangpaling penting adalah kutukan Allah swt. SabdaRasulullah saw:

“Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklahnegara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.”

Justeru itu, penyelesaian yang utama untukmenyelesaikan masalah andartu ini adalah denganmengatur perkahwinan mengikut syariat tanpamenyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yangdiriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telahsanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itulebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.”

Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untukdilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu:
1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3.Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.

Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentukcincin seperti yang pernah dilakukan di zamanRasulullah. Sabda Rasulullah saw:

“Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.”

Belanja kawnin pula boleh dirundingkan. Sepatutnyakenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuanbukan untuk bermegah-megah.

Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yangtepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khassesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut.Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinanbakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalamseluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat,bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlispernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.

Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan denganberbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalahandartu antaranya:
 Melalui persetujuan ibu bapa kedua belahpihak.
 Peminangan pihak lelaki dengan pihakperempuan.
 Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.
 Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengantujuan menyebarkan ajaran Islam.
 Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yangtelah layak dan mampu.
 Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkanperkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.
 Menggalakkan poligami memandangkan bilanganperempuan melebihi bilangan lelaki. Jangan pihakwanita melenting tau.

Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atasboleh diatur sama ada perkahwinan monogami ataupoligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidakjadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikankamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya,laki-laki dan perempuan yang banyak.”

Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yangmenggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan.Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal danperasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan danpilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidakberakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itukembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini.Mudah dan senang.

Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabilatiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu,iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadiisteri atau suami yang baik di sudut rohani danjasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itutidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan…. kahwinkan mereka segera!

Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi dirikita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akantimbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga,itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikanjodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.

Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bilamanusia kembali kepada agama. Barulah hati akanmengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsusyahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama danbersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama,menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akandatang dengan cepat dan pasti membawa berkat!



3 ulasan:

  1. panjang nye n3...penat baca.:)
    ikut apa yg wajib je..yg sunat tu tk dosa pun kalau ditinggalkan..:)tp utk menambah pahala apa salahnya melakukan perkara yg sunat.

    kahwin itu adalah perkara yg sunat yg mmg sgt digalakkan.jgn nnt krn meremehkan hal2 kawen ni,yg haram pun boleh jd halal.

    yg penting,doa tu harus brpanjangan..biar cepat sampai jodoh dn segalanya dipermudahkan.insya'allah...

    BalasPadam
  2. adus...terkenaaa...;p

    gud entry tp mcm ada yg trtinggal...mcm terlps pandang faktor2 dr pihak yg sebelah lg..hurm.

    BalasPadam
  3. memang panjang pun entry ni..
    aku kena buka dua kali untuk baca abis huhu..
    Masalahnya dlm masyarakat kita akan
    suka menjaga tepi kain orang tu tetap ada..
    buat macam ni salah buat macam tupun salah.
    kawen ngan orang ni pun dikritik kawen ngan orang tu pun kritik sama gak.
    Pokok pangkal pada kita lah..kita yang nak menjaga rumah tangga nak hidup dgn pasangan dan anak-anak.
    pedulikan apa orang kata, bukan mereka bagi kita makan pun kalau kita susah.
    Berbalik soal saranan untuk mengurangkan orang bujang kawen lewat dalam entry ini mmg saya setuju.
    perkara akan jadi mudah kalau kita sendiri ingin ianya jadi mudah.

    err.. ko paham ke apa aku cakap ni hehe.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...