Instagram Shots

Sabtu, 13 Februari 2010

Malang atau Cuai???


sebab nak main handgrip tu, habis semua list contact VIP aku

Semalam aku rasa macam ke-gampang-an berlaku pada diri aku.

Nak cari handgrip kat Tesco. Sebab rimas nak belek-belek barang sambil pegang HP, aku letak HP tu atas rak-rak display, lepas tu boleh blah menonong blah macam tu je.

Dah 15min, baru sedar HP tertinggal, itu pun kawan yang bagi tau. Lari ke rak tu, tengok, dah hilang. Confirmlah hilang... tempat public, kan?

Aku tak sedih sangat HP tu hilang. Tapi aku sedih sangat kenapa aku kerap jadi PELUPA sekarang?? Nyanyuk di usia muda? Ke ini simptom kahwin lambat? Ish....

Dua HP hilang dalam tempoh dua bulan lebih ni. Ralatnya. Memang aku careless.

HP ni hilang sehari sebelum hari jadi aku bulan November lepas. Kejadian tu berlaku di car wash. Bawa baby Hamster pergi cuci enjin, alih-alih bila salah sorang tu buat tahi sebab basahkan enjin aku sampai semput-semput enjin tu, baru aku tersedar, HP yang aku selit celah-celah pintu tu hilang.

Ini pula yang hilang recently di Tesco. Sekarang baru timbul rasa sedih, sebab inilah HP yang aku beli pair sama-sama dengan Shrek. Baru-baru ini HP ni buat perangai. Camera dia tak function, jadi aku menyumpah. Agaknya dah takdir aku kena berpisah dengan cara yang menyakitkan ni. Dan Shrek juga marahkan aku sebab dah kerap sangat aku hilang barang-barang berharga. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, lagi satu HP hilang.

Dan yang lagi merisaukan apabila segala gambar dan video panas dalam memory card tu aku tak pernah delete dan akan tersebar. Stanbylah kat Youtube nanti.

*tepuk dahi sebab cuai*








~credit to Google search untuk gambar-gambar di atas

#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!! Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nom...