Instagram Shots

Selasa, 2 Februari 2010

Mungkin Tuhan dah perkenan doaku

Seringkali orang menyebutkan bahwa ucapan adalah doa. Apa yang terbit dari mulut, secara langsung atau tidak langsung juga adalah satu doa.

Kelmarin masa abah-and-daughters-talk, adik aku bercakap tak nak anak kalau kawin nanti. Abah membalas "Cakap la macam tu, buatnya masa tu pintu langit terbuka, Tuhan makbulkan kata-kata tu"

Aku tergumam.

Sebab aku kerapkali menyebut "AKU TAK KAN BERKAHWIN", "AKU TAK MUNGKIN BERKAHWIN", "AKU TAK NAK KAHWIN"


Owh no...! Kadang-kadang dalam emosi yang berkecamuk aku sering berkata-kata negatif. Tapi bila dalam keadaan sedar, aku berdoa untuk percepatkan jodoh aku.

Hahahaha... dah bunyi macam orang gila. Tapi serious, aku takut sebab aku selalu sangat sebut tak nak kahwin.

Berdasarkan eksperimen Kak Ell, aku yakin kata-kata aku dah memakan diri.

Camana ni???!