Appoinment #1
Petang Ahad lepas, aku berkesempatan ke Shah Alam untuk melihat sendiri kucing campuran Persian yang diiklankan dalam Mudah. Masa usha di Mudah.com kucing itu baru nak masuk 3 bulan. Kecil dan comel. Aku dan cingkenit sampai ke Tasik Shah Alam, seperti dijanjikan.
Ejen penjual kucing itu sedang shooting, ala student jurusan Mass-Com.
Dalam 15minit kemudian, barulah si tuan punya kucing sampai dengan kucingnya. Belek punya belek, rasanya cepat sungguh tumbesaran kucing betina ni. Dalam hati, antara hendak beli atau tidak. Bila dah besar, dah tak best gomol. Aku minta tempoh masa.
Dah besar pun dia. Dan harga dia tetap RM300 walaupun tawar menawar.
Appointment #2
Menjelang malam, ke Flora Damansara. Hajatnya masih serupa, untuk meninjau-ninjau bakal kucing peliharaan nanti. Alahai budaklah sangat mereka ini. Diusungnya kotak berisi 2 ekor anak kucing.
Tak macam mix persian sangat, tapi kelihatan 2 ekor ini sangat gebu. Betina katanya. Budak tu cakap " ini kucing yang kami sayang" mengatakan kucing berwarna kuning cair itu kepunyaan mereka. Macam kelakar je dengar. Mulanya dia nak jual warna hitam saja. RM180. Lepas tu aku request nak anak kucing jantan. Tapi tak ada. Aku tanyakan yang anak kucing mereka sayang tu tak nak jual ke? Tiba-tiba je cakap RM190, kasi up sikit dari harga si hitam tu.
Sikap tamak menjelma. Macam nak angkut dua-dua ekor tu. Biarpun bulu mereka tak boleh dipintal-pintal, janji bulu anak kucing ini gebu tak macam kucing biasa. Kalau ikut perkiraan semuanya RM370.
"Akak amek dua-dua saya bagi harga RM250"
Haruslah aku suka. Macamana diorang congak ni? Lepas dibelek-belek, si hitam itu mempunyai alat kelamin jantan. Jadi memang aku pun setuju untuk angkut dua-dua ekor.
Yeay! Macam hamster pula kan? Nanti cerita pasal shopping barang mereka pula.
Owh ye! Si hitam itu ai dan cingkenit bersetuju untuk bagi nama Cyril konon-konon kasi nampak mistik. Dan oren soft tu kami bagi nama Flora mengenangkan tempat asalnya Flora Damansara.
Tak jadi ambil kucing budak mass-com itu. Dan itu menyebabkan aku sekali gus ditabalkan mommy kepada anak kembar yang berbulu.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...
-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
cepaty sikit cerita shopping barang mereka aku nak tgk..suker plak aku ni...mcm chumel jerk ekkk...mcm nak gak jer
BalasPadamBaru lah terjawab pertanyaan ya haha.
BalasPadamtahniah la aku suka sikap ko dan orang-orang yang menyanyangi haiwan peliharaan terutama kucing. Macam budak budak tu juga lah, tentu mereka lega sebab tau ada orang selepas mereka yang boleh jaga kucing tu.
eeeeeeeeee comei...geram aku....
BalasPadamdorang makin besarrr...hahaha...
BalasPadamkak ngah, cepat laa balik jb. sy nak tgk kucing tu bfr ke plkn ni
BalasPadamnama mereka sangat komersial ok :D
BalasPadamkucing yg kami sayang? tapi jual.bodo..hahaha
BalasPadamcomel bangat!! nanti update lagi pasal diorang please. :)
BalasPadam