Cari Blog Ini

Isnin, 5 April 2010

Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI ~ WTFish

RAFIQIN DARWISY
Itu nama dia yang sebenar ke?? Sedap sangat namanya.


Dalam FB dah meletus kemarahan orang ramai terhadap budak ini. Ya, hasil carian internet aku ~ Rafiqin Darwisy masih seorang budak mentah yang belum mahir menyusunkan kata-kata untuk tatapan umum. Aku yang hampir 30-an pun masih ada cela bila berkata-kata.

Bak kata kawan aku, budak ini sunat pun tak kering lagi, kencing pun bercabang, buat apa nak dikecam sebegini? Ignore saja. Ini sampai buat fanpage dalam FB. Kelakar...Kelakar....

Dalam news feed FB: (you know who you are) became a fan of Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!

Ramai pula yang jadi fan. Tsk...tsk...tsk...

Silalah google untuk mengetahuinya.

But dik, dont self claimed sebagai malaikat yang diupah oleh tuhan untuk mengutuk orang lain. Tuhan tak pernah suruh, kita sendiri yang nak kutuk.

Orang kita ni pantang ada peluang, bila orang buat salah terus nak menyalak. Kalau orang yang nak menyalak tu kawan-kawan dia, lantaklah... ini sampai hampir 9,000 members (at this moment) yang tak berkenaan pun pakat-pakat nak join hentam dia. Apa dapat??

Ada yang siap beria nak add si RAFIQIN DARWISY dalam FB, Myspace dll. Gila annoyed la aku dengan orang yang suka selak kain orang ni. Tak kurang juga yang update blog mengecam perbuatan budak ni. Aku juga update, tapi pasal cerita mereka yang kaki propa pasal budak ni. Hahahaha!

Provokasi akan terus dibalas dengan provokasi. Macamlah korang tak pernah jadi budak-budak yang nak menang je dalam bergaduh. Cuba jadi macam kawan-kawan aku, bila aku berangin dorang relax buat tak tahu, nanti aku cool down sendiri.

Mereka yang baru di alam remaja, memang suka gaduh mulut meleret-leret. Power la konon. Tapi, kadang-kadang ada juga yang tua-tua ni asyik nak cakap tinggi supaya boleh menang. Manusia ni banyak ragam. Tak boleh nak jangka.

Fikir-fikirkan!!







Syimalicious: FB ni, kian lama kian ridiculous. Motif dah jadi tak ketahuan. Asal boleh je buat fanpage. Bongok!

12 ulasan:

  1. teguran yg pedas...pasti akan ada yg terasa..

    BalasPadam
  2. keh keh keh... oleh itu... kalo rasa2 nak santai2... moh le join persatuan karipap nasional di fesbuk. nescaya terhibur dan bleh update isu2 terkini tentang karipap.

    btw, takde sumbangan resepi karipap power di situ.

    BalasPadam
  3. betol3..
    budak tu mesti lg suke tgk org skit ht ngan dia..
    cuba kalo sumorg ignore, mesti dia rasa bosan..
    ape yg dia nk cuma perhatian..
    mungkin budak tu kurg ksih syg~~
    ngee~~

    BalasPadam
  4. tp tahukah anda ape sbnarnye yg budak mentah ni ckap yg membuatkan semua org jd panas? ade ke patot "al-fatihah" diubak jd "al-fuck utk arwah"
    sila rujuk fan page arwah abg din.
    ??? ape kess..?? nama bagus.., perangai?

    BalasPadam
  5. baik join 'peminat cekodok pisang'...hehe

    BalasPadam
  6. malas betul nak balas komen.

    caxxandra
    think wise.
    biar la budak tu. kan ada pepatah mengatakan "biar luncai terjun bersama-sama labunya". apa hak kita nak condemn dia? dia nak caci maci itu antara dia, si mati, keluarga si mati dan tuhan. ULANG SUARA: ANTARA DIA, SI MATI, KELUARGA SI MATI, DAN TUHAN. dah nama budak, lagi ko larang lagi seronok dia main taik.

    bila kita respon itu menunjukkan kita pun sama2 berfikiran dangkal spt budak tu. hahaha i just cant understand y these ppl r more concern with those ppl yg childish, bad attitude.

    adalah baik, ko biarkan, lay back n watch. dan sertakan sekali al fatihah untuk si mati.

    *i bet u r one of the creator or member of the fanpage.

    lagi satu, aku sangat terharu mengenangkan usaha ko yg men-create akaun blog semata2 utk komen entry ini. jgn main pukul dari belakang. tak best...

    BalasPadam
  7. kenapa org skang suka kutuk mengutuk.. pastu kutuk melibatkan mereka yg satu malaysia kenal pulak tu.. kalau kutuk jiran ke adik sendiri tu aku xkisah la kan..

    start kutuk sultan johor yg da mangkat, pastu kat brita ada cakap ada org buat website agong pastu skang ni kutuk2 arwah pelawak kita..

    yg da pergi tu bia la, nak kutuk2, kutuk la org yg idup lagi.. paling teruk pun bole mintak maaf dipagi raya.. ni org yg dah xde, camne nak tau org tu maafkan ke tidak?

    iskh2

    BalasPadam
  8. ignore je la..bende2 gini pun nk jadi isu.siap buat fan page bagai..haih!klako arr kan kan kan...

    BalasPadam
  9. bkn fb yg salah tp org yg menggunapakai fb tu yg menyalahgunakan fb tu sendiri.
    aku pn bace je pasal budak tu tp tak jadi fan coz layan budak2 mcm tu lagi suke la budak tu, die bkn tau ape pn.korg maki2 die pn same gak la mcm ape yg budak tu buat...
    nasihat je klu tak nak dgr biarkan jela die kan syima?

    BalasPadam
  10. rasanya smlm dh komen n3 ni.tp mana peginye ekk.dh lh malas nk komen lg!!

    BalasPadam
  11. setuju!
    i tak rasa kelakar dorang wat fan page tapi rasa pelik kenapa perlu buat gitu.

    at first google pasal ni geram gak la bila bc apa yg bdk tu kata. Tapi amik sbg pedoman jela, supaya kita tak wat gitu.

    Mengutuk budak tu pun tak guna. Mcm u kata, menjadi-jadi lg nti, so biarkan je. Daripada mengutuk lebih baik kita nasihat, nasihat tu penting. It's up to him whether he wants to take it or leave it.

    Walaupun benda tu ANTARA DIA, SI MATI, KELUARGA SI MATI, DAN TUHAN, tapi kita tak bolehla terlalu berpegang pd prinsip tu. Kalau macam tu, byk plk kemungkaran yg berlaku kat muka bumi ni.

    Juz an opinion =)
    Anyhow nice entry

    BalasPadam
  12. woww... defensive n emo~
    ak mne men blog.., i'm not a politician or people with big name, n big mind. n for sure i didn't created it NOT to leave comment on ur 2cent worth entry(created this acc quite a long time ago).tlg jgn perasan, hatta terharu. ahakhakhak..

    anyway,
    i seen that u somehow forgot to mention the part where that douche bag stated "al-fuck".
    i'm sorry, but as a muslim,even i'm not an abid ones, i think it's offensive. i think only non muslims found it aint offensive.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...