Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Teman yang baik adalah mereka yang mempunyai pendapat dan idelogi yang serupa dengan kita.Tetapi ini tidak bermakna mereka juga harus sefahaman. Apabila konsep sefahaman ditimbulkan ,maka keduanya mahu melakukan perkara yg sama serentak. Ini bermakna segala penyampaian msg tidak dapat dihantar dengan sempurna.Oleh itu,sahabat yg baik ialah mereka yang mendengar apabila kita berbicara dan memberi pendapat apabila diminta.
Sahabat yang baik ialah mereka yang mempunyai sikap dan tingkah laku yg cemerlang. Bersopan santun serta jujur dalam setiap tindakan. Mereka boleh menjadi contoh dan tempat rujukan kita Sahabat yang baik ialah mereka yang bersifat optimis, sederhana dan boleh berdikari di kaki sendiri. Mereka peka pada apa yang berlaku di sekitaran mereka. Ini termasuklah membantu kawan yang dilanda dalam kesusahan. Sahabat yang baik ialah mereka yang lebih suka memberi daripada menerima.Ini termasuklah dari segi minda mahupun material.
5.Sahabat yang baik ialah mereka yang sering mengaku kalah dalam setiap pertelingkahan dan tidak berat utk mengucapakan perkataan"maaf"
6.Sahabat yang baik ialah mereka yang patuh pada tuntutan agama dan senantiasa menasihati kita ke arah yang baik.
7.Sahabat yang baik ialah mereka yang tahu utk menghargai sebuah persahabatan dan senantiasa menjaga maruah temannya dalam apa jua keadaan.
8.Dan yang penting sekali sahabat yang baik ialah mereka yang tahu utk menimpan rahsia. Biar pecah di perut jgn pecah di mulut!
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.
Dalam pada itu apa yang kamu buat disambut baik, dipandang mulia
Kerana manusia ini mempunyai sifat yang tercela yang kadang-kadang tanpa disengajakan berlaku maka
Jangan sebab terasa hati terus nak menyumpah orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...