Cari Blog Ini

Isnin, 16 Ogos 2010

Sampai bila agaknya??

Sampai bila aku nak jadi Syima yang Emosional?? Syima yang tak stabil moodnya? Syima yang selalu memberontak??

Sampai bila?

At this age, tipu la kalau mak ayah aku tak risau kenapa aku tak kawin-kawin lagi. Aku pun risau. Tapi dosa ke hidup sebagai ANDARTU? Jodoh belum sampai kan?

Tapi mulut orang, tambah-tambah yang jenis kawin muda tak puas enjoy ( aku tak cakap semua lah), mula lah meng-kata aku tak laku sebab aku perempuan liar, tukar jantan macam tukar baju, mulut laser tak ada siapa nak...

Eh?! Kalau tuhan kata Kun Fa Ya Kun, pelacur pun boleh end up marrying Ustaz. Kita mana tau? Geram ni, geram...... grrrr!! Janganlah cepat jatuh hukum. Kalau rezeki kau pada anak-anak, mungkin rezeki aku yang belum kawin ni lagi syok. Who knows??

Mak pun mencari ikhtiar. Bukan kata nak percaya pada orang berubat ni, tapi sekadar ikhtiar. Tanya punya tanya orang tu cakap aku kena buat dengan orang. Heh?? Apalah dendam orang tu sampai nak naya aku supaya tak kawin?? Tak mahu percaya tapi dah dua orang pengamal perubatan cakap benda yang sama. 4 tahun lama tu.... haih~

Dan mereka berkata, my current relationship won't work. Sedih tau bila kita cuba pertahankan selama 3 tahun tapi tak berhasil apa-apa. Nak nangis.Tapi tak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa ALLAH S.W.T

Sampai bila agaknya??


Setakat ini dahulu,

 

5 ulasan:

  1. Just don't giv up trying 2 do what u really wan 2 do. Where there is luv and inspiration,I don't think you can go wrong.

    ps: keep on smiling :-)

    BalasPadam
  2. syima...kalau pikir pasal jodoh mmg la akan stress..i mean bukan kita salah kan takdir cuma keliling kita yg buat kita pressure.btl syima...keliling kita.tgk org pregnant pn blh jadi emo.bkn dengki, tp perasaan tu mmg akan dirasai oleh perempuan yg umur lbh dari 27 tp tak kawin lagi.
    sshkan...kita perempuan...takkan kita nak masuk meminang.habis kalau dah masuk meminang pun kalau mak si dia bg jwpan cam anak dia tu anak dara...ssh woo...
    apa2 pun, sabar k syima.bkn kau je yg rasa emo pasal topik kawin ni.ramai lagi...termasuk aku!

    BalasPadam
  3. sabar weih..
    ko kena usaha berubat..
    diorg ni mmg pandai mengata padahal hidup sendri pun tunggang langgang!

    BalasPadam
  4. Rilek Syima... Sometimes Allah bagi kita 'katak' dulu baru bagi kita Putera Idaman.... Just mantain cool jer... And never give up, jangan lupa doa sekali, kay?

    BalasPadam
  5. Jika berjumpa tukang ubat dan tidak percaya apa yang mereka katakan solat tidak diterima 40 hari

    Jika percaya pula maka telah kafir kepada ajaran yang telah diwahyukan kepada nabi Muhammad saw

    Jodoh,maut,rezeki dan apa sahaja adalah ketentuan ALLAH.Perkahwinan boleh jadi baik untuk segelintr orang ,boleh jadi tidak kerana ALLAH mengetahi dan kita tidak mengetahui

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...