Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Februari 2011

Macamana nak tahu mamat ni dah kahwin ke belum?

Macamana nak tahu mamat ni dah kahwin? Mesti kita membayangkan lelaki macam tu nampak cool, segak, kemas, body language, cara dia flirting, i mean the way he speak, cara dia bagi attention pada kita dan macam-macam cara yang lelaki bujang hingusan tak mampu buat.

Jadi, persoalannya sekarang, kalau seseorang lelaki itu lagaknya seperti orang bujang, macamana nak kenal pasti yang dia memang betul bujang?

SENANG SAJA.

Dengar kata hati korang. Kalau korang merasakan sebegitu, betullah tu.

Biasanya otak separuh sedar kita secara tak langsung dah generate beribu clues dalam masa korang tengah berkira-kira status mamat itu. Kita akan sedar dengan kerdipan mata, cara pandangan, perbuatan, percakapan bukan lisan (body language) yang mewujudkan satu gambaran dan memberitahu korang melalui firasat. Percayalah dengan firasat itu.

Kita selalu dengar ramai perempuan terpedaya dengan lelaki buaya macam ni. Yang menipu kononnya masih bujang sedangkan kebanyakan perempuan ni dah rasa ada yang tak kena. Tapi biasalah bila dah suka, yang negatif tu diletak ke tepi. Kita nak juga percaya dia bujang sedangkan dah berbini dan beranak empat.

Maka dengarlah kata hati. Boleh macam tu? Ada apa-apa bantahan kaum lelaki?

Kalau ada jantan yang mengaku bujang, menipu bini dia, dia cuma nak yang tut.... satu perkara tu saja. Stended. Tak mustahil satu hari nanti dia pun tipu korang pula.

Do not get involved with such a man. You deserve a whole lot better!

Selamat bersolat Jumaat semua~

Setakat ini dahulu,

 

4 ulasan:

  1. alaaa syima .. cuba cakap terus terang je..

    cakap, "jom kita kahwin!!"

    Tengok reaksinya. Tengok sinar matanya. Kalau sinarnya terkejut amat dan macam seribu perkara yg difikirnya maknanya.. faham je le.
    Tapi kalau sinar matanya cerah segar je.. maknanya dia masih bujang le tu.. (uiss iyake ni??) mandai je bagi idea songsang ..

    BalasPadam
  2. senang ja, try ajak kuar and spend time on weekend, kalau banyak hal, means dia dah kahwin..hehehhe

    BalasPadam
  3. Errmm.. mcm2 jenis org, mcm2 pattern yang ada kan.. dh attached k belagak bujang pun ada, dh ada gf yg baik&sedap mata memandang tp ttp dia nk mengaku single pun ada... haaaishh!!! Mcm2.. Apapun, kita doakan, dpt yg baik, ikhlas dan tak menipu...

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...