Instagram Shots

Selasa, 5 April 2011

Redhalah dengan cinta yang ada?

Panjang komen kawan aku dalam entry yang lepas. Aku tak mahu bidas banyak2 sebab ada benarnya apa yang dia cakap. Ada ke orang suka tengok kawan dia terus jatuh dan kemurungan? Ada? Mungkin adalah kot kalau dah pesen hati busuk longkang tu.

Aku terpanggil untuk menceritakan apa yang aku rasa. Ramai yang kata aku memilih. Hakikatnya tidak. Aku tak pernah memilih. Ini soal jodoh. Ketentuan dari Dia. Korang fikir aku nak ke membujang lama-lama?

Aku pernah je suruh parent aku carikan utk aku. Tapi mereka refuse, kata mereka tak mahu dipersalahkan di kemudian hari kalau hubungan tu tak menjadi. Sebab yang nak mengharungi badai rumahtangga tu aku, bukan mereka.

Aku jual mahal? Sebab murah sangat kot sampai tak laku. Haha! Mesti ramai dah buat persepsi memasing. And why on earth we have to look back to our past? Kalau iya pun aku notty and dirty, we people made mistake kan? Ada mulut-mulut orang syurga cakap aku tak laku sebab ramai boyfriend, hurrah sana sini. Tak pe, tak pe... aku nak tengok anak-anak diorang nanti. Boleh survive ke tidak.

Orang mudah nak jatuh hukum. Macam ex aku, sebab kawan-kawan sekeliling mengata hebat tentang aku, langsung dia buangnya aku tanpa diberi peluang. Dia ludah aku. Malu dengan kawan-kawan, khuatir sekiranya masa ke depan nanti aku masih terus hurrah-hurrah. Baik tak payah jadi lelaki kalau pengecut, tak tahu nak handle situasi yang macam itu. Apa guna jadi lelaki kalau tak boleh mempertahankan perempuan yang pernah tersadung jatuh?

I believe love at the first sight.

Janganlah paksa aku untuk terima seseorang itu kalau aku pandang muka dia tapi tak ada apa-apa feeling. Tapi orang sekeliling aku mesti ada yang bersuara "dah ada orang nak tu... terima je lah". KENAPA mesti ada suara macam ni? So aku ikutkan juga. Cinta boleh dipupuk katanya. TAIK! Tui! Pupuklah sangat??!

Aku pernah paksa diri untuk terima seseorang. Sudahnya kecundang sebab perasaan CINTA tu tak pernah hadir. Kesian kat mamat tu seolah-olah aku mempermainkan dia. Bayangkan kalau aku teruskan juga hubungan keterpaksaan ini hingga ke jinjang pelamin. Hancur beb! Takkan nak tambahkan statistik penceraian?

Nak cari manusia yang betul-betul genuine sayangkan aku payah. Memang payah! Dengan kaum lelaki yang berkualiti semakin berkurangan sekarang, korang fikir aku nak sapu keling botol tepi jalan je? Jangan lah ringan mulut sangat nak tanya aku "Bila nak kawin??" Aku akan emo like hell. Sebab laluan ke arah tu tak nampak lagi.

Mati ke kalau tak kahwin lagi? Kena buang kerja ke kalau tak ada suami? Tak ada kan? Jadi tak usahlah sibuk-sibuk kucar-kacirkan minda aku dengan soal-soal yang tak berkenaan.
.
.
.
.
.
Boleh tak nak sambung ke-meroyan-an ni nanti-nanti? Letih pula kepala nak susun ayat. Sampai sini dululah entri aku. Nak berambus...

Setakat ini dahulu,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...