Alhamdullilah, masih bernafas untuk meneruskan hidup.
Tapi hari ini agak menggangu gugat kewibawaan untuk berpuasa dek kerana flu teruk yang tak semena-mena. Nak kata sepanjang minggu ni bedal minum air berais, tak ada lah pulak. Ntah-ntah pasal air tebu tempoh hari kot.
Itu pun salah satu sebab kenapa hari ke 2 dan 3 tak berupdate langsung. Diri ini rasa amat lemau. Semalam ku gagahi jua pergi operasi di Puncak Alam. Sambil-sambil tu ku bantai 2 ulas durian yang lemak berkrim.
Then hari ini, batuk dan selesema semakin mengganas. UwaAaa! Harga yang perlu
dibayar. Pagi - tak terbangun untuk makan sahur kekdahnya. Harap-harap perut ini kuat sehingga ke petang. Amin
*muka bahagia sumbat durian...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Get well soon & stop makan durian..hehe
BalasPadam