Cari Blog Ini

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan 2011 - day 1 (kelalaian and marah lite-lite)

Done 1st puasa. 29 days left.
Okey, nak buat short entry saja.
Sahur - mineral water.

Pagi tadi ada manusia yang dah main acah-acah tarik tali nak kasi aku menyirap. Aku agak pantang bila bercakap, orang tak bagi eyes contact ataupun menjawab tanpa menoleh pada aku. Heh! Tak ada kesedaran sivik la awak ni. Kurang ajor namanya tu. Dalam masa dah mengkancingkan gigi tanda marah itu, tetiba ada suara hati cakap "Sabar syima, sabar. Dia memang gitu. Buat tak tahu jer" Moga2 sabar saya tu bole diterima.

Another story; Member aku bagitahu mak dia dah terbuka hati nak terima boifren dia yang laki orang tu buat suami. Tak sia-sia si lelaki tu pergi umrah mohon petunjuk. Cerita best di hari pertama berpuasa. Agak jeles di situ sbb dia dah nak kawin dah!! Tp dah rezeki dia kan?

Noon- try booking tiket Airasia nak balik teratak ayah bonda this coming Saturday. Apa sengal tah aku hari ni, terbooking another Sabtu and pay all for 2ways pergi balik. Without double check. Bila dah buat payment, masa tu pffftt! Aku dah tersedar salah buat bayaran right after I confirm it with my abah. So cuba la nak manage booking dengan reschedule flight departure and date. Gedebuk gedebak almost RM300 chargers semata-mata nak tukar tarikh n time. Modal tiket tengah promo RM33 sajo.


Nak cuba buat refund, kata Airasia cuma airport tax saja yang layak untuk dpt refund. Check semula airport tax cuma RM9.00 dan prossecing fee RM15. Owhh! Sangat tak relevan. Maka terpaksa ambil tiket baru ko!! Geram tapi disebabkan kebodohan sendiri, aku redha. TAPI duit tu... Apalah sengal sangat aku hari ini buat pembaziran disebabkan kecuaian sendiri.


Petang tadi ada kerja di Bazar Ramadhan Tg Karang, alang-alang tak kan buat kerja saja, sambil-sambil tu jeling tengok dan bau makanan. Rezeki murah la sikit, bila ada member nak belanja, (dipaksa belanja sebenarnya). So berbuka la aku dengan bihun sup, popia 2 ketul, air tebu dan kurma 2 biji. Di rumah. Seorangan.


Malam-hari pertama aku mengerjakan terawikh. Agak sayu rasa hati, bukan sebab berbuka seorang diri sebab aku ke masjid tidak berteman. Dulu As montek kan ada. Dan secara tak langsung menitis air mata aku mendengar alunan suara membaca ayat-ayat Al Quran.
Done with sajdah, 8rakaat terawikh.

Boleh tak nak update berat jebon jugak? Jebon tu bukan che embun, bukan james bond tapi aku lah.. Last 2weeks berat I ialah 72kg. Balik kerja timbang semula tadikan, weight scale tu pamer angka 69.4kg. Macam....boleh ke aku nak berat tinggal 59kg dalam masa 1bulan...?
Baiklah, mata dah kuyu. Nanti sambung lagi.... (Alamak terpanjang plop entry ni!)



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...