Instagram Shots

Selasa, 17 Januari 2012

Kenapa saya fobia untuk berkahwin : Part 1, Isteri curang dan bermadu

Sejak dulu aku sering menjadi tempat luahan rasa seseorang tak kira jantina atau umur. I'm a good listener. :) Yang terbaru, seorang yang aku boleh anggap seorang bapa (kerana beza umur kami 25 tahun) datang berjumpa dengan aku kerana dugaan tak putus-putus menimpanya. Beliau kusut.

Perkataan pertama yang aku boleh cakap, aku simpati / kesian dengan apa yang berlaku.

Persahabatan kami atas nama kerja menjangkau 10 tahun, jadi aku kenal hati budi, perilaku En A. Aku bercerita bukan nak mengaibkan beliau, sekadar untuk pengetahuan kita semua supaya boleh dijadikan teladan. 

Dalam soal bermadu, rupanya bukan semua lelaki jahat. Dalam 1000 lelaki jahat beristeri ramai, inilah pertama kali aku jumpa lelaki yang telus dan baik. En A telah berkahwin 30 tahun lalu dan dikurniakan 6 orang cahayamata (anak nombor dua sama umur dengan aku) serta seorang isteri yang baik dan mempunyai seorang cucu. Tapi disebabkan gatal anu atau dah jodoh dia, En A berkahwin lagi dengan seorang wanita dari seberang pada awal tahun 2000. 

Isteri ke dua kufur nikmat / tak tahu bersyukur

Dikurniakan seorang anak dari perkahwinan isteri ke dua (Si B), En A bekerja siang dan malam. Dari pengakuan beliau kadang-kadang berlaku ketidakadilan yang minor terhadap Si B. Kenapa aku pandai-pandai cakap Si B yang beliau tak pandai bersyukur? 

Alkisah, diawal fasa perkahwinan semuanya okey. Servis tempat tidur, makan pakai, rumah semua terurus. Sampailah En A memberi kebenaran kepada Si B untuk mencari kerja kerana kasihankan isterinya tidak berkawan.

Bagaimana nak bekerja dalam Malaysia ni kalau tiada pengenalan diri yang sah? Maka usaha la si suami untuk mendapatkan Visa, Kad Pengenalan PR, lesen memandu kereta dan motor. Siang malam bekerja untuk menyara kedua-dua keluarga. Even wang persaraannya nanti telah awal-awal lagi dibahagi secara adil dan didokumentasikan secara sah. Dari segi pembahagian masa untuk bersama En A telah membuat perjanjian bahawa isteri pertama akan mendapat waktu kualitinya pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi Si B mendapat hari Isnin hingga Jumaat selepas waktu bekerja. Cuma kadang kala akan di-switchkan masa itu.

Usah cerita lah perit jerih En A ke seberang dan menikah, diwalikan oleh bapa Si B sendiri, balik semula ke Malaysia dan didenda, tentangan keluarga sendiri dan kemudian membuat dokumen pengenalan diri Si B secara sah kerana sayangnya kepada isteri ke dua.

Disangka mendung sampai ke petang, rupanya panas di tengah hari. Kebebasan dan kepercayaan En A terhadap Si B telah disalahgunakan olehnya. Si B mempunyai hubungan sulit dengan orang lain di tempat kerjanya. Pada mulanya angin berita tersebut ditepis sebaiknya oleh En A. Menganggap Si B tak mungkin mengkhianati beliau. 


Bangkai tikus boleh ditutup, tapi tak mungkin bangkai gajah. Tuhan itu Maha Kaya. Selang empat tahun perkahwinan, suatu malam sewaktu En A dan Si B bersama-sama menonton cerekarama "Sehangat Lantana" (cerita pasal isteri curang), Si B jadi tak keruan. Berlarutan seminggu sikapnya itu dan suatu hari Si B histeria dan meracau-racau. (Mungkin terlalu memikirkan sesuatu, jiwa tertekan lantas memudahkan gangguan makhluk halus.) En A pergi merata mencari dukun. Bila Si B sedar, beliau menangis-nangis mohon maaf dan mengaku telah terlanjur dengan lelaki hubungan sulitnya itu.

Korang boleh bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami?

Everyone deserve a 2nd chance. Kerana anak dan hati masih sayang En A memaafkan Si B. Dipendekkan cerita (nak cerita keseluruhan memang tak habis entry ni 10hari 10malam) selang 5 tahun Si B buat hal lagi, kali ini dengan jantan Lombok. Orang Lombok kan sweet talker? Si B dengan berani meminta cerai atas alasan En A tidak adil dan kurang perhatian padanya. Minta cerai! Tak payah lah nak cerita tentang hukum, sebab perkara itu memang berdosa. Si B tidak lagi melayan En A secara zahir apatah lagi batin. 

Secara psikologinya bila tiada lagi rasa cinta atau sayang, maka tiada lagi perasaan ingin bersama. Am I correct? Batin Si B mungkin telah diserahkan secara mutlak kepada jantan Lombok ini. En A tawar hati. Apa yang patut beliau lakukan pada saat ini? Semua dah buat, menasihati sampai berbuih mulut, memisahkan tempat tidur dan pukul yang tidak memudaratkan, merujuk perkara ini kepada Jabatan Agama tapi tiada hasil. Si B memang tak mahu kembali pada En A. Hampir dua bulan En A tidak dipedulikan biarpun beliau berusaha memujuk.

Aku menangis.

*****

Aku tak ada pengalaman untuk menasihati bab-bab ini, berdasar logik akal aku berkata berpisah cara yang terbaik. Rosak psikologi kanak-kanak melihat si ibu membuat perkara maksiat dengan lelaki yang bukan bapanya. Jadi aku merasakan En A patut tuntut hak penjagaan anak, tarik semula taraf PRnya, visa dan segala-galanya. Biar Si B tahu langit tinggi rendah.

Memanglah ini cerita kehidupan orang, tapi aku takut sekiranya aku juga tergolong dalam isteri-isteri curang ini suatu hari nanti. Kita tak tahu masa yang ke depan. Macam-macam cara tuhan nak menduga hambanya. Ini bukan cerita Ombak Rindu. Bukan semua orang suka melihat kita bahagia, dicucuk sana cucuk sini, menghasut dan sebagainya kerana kita yang tidak tetap pendirian mudah terusik imannya.

Aku takut. Sebab ex-bf aku cakap aku perempuan yang tak tahu erti setia walaupun hakikatnya aku adalah seorang yang sangat setia. Bila kerap diulang-ulang maka terhasillah aku yang memang tak tahu untuk setia. Ahhh! Soal kahwin bukan untuk sehari dua. Aku tak mahu fikir risikonya. Lagipun pada umur 30an, soal untuk membina keluarga macam dah terlewat. Tak lama selepas itu, menopous. Dalam pada itu si suami akan menikah lagi. :(

Tak mahu kahwinlah. Takut. Nanti aku jadi isteri yang derhaka
The end. @0220hrs