Cari Blog Ini

Ahad, 8 Januari 2012

Encik ex-boyfirend dah nak kahwin?

Ni antara update terlaju aku. Hihi

Hajat petang ini aku nak ke stadium untuk mencari stamina. Dalam erti kata lain jogging la. Tapi tengok rumah serupa tongkang pecah, duduk balik di sofa... termenung. Tak tahu nak buat mana satu.

Gatal tangan. Mengadap notebook semula. Konon nak check Nuffnang. Blogger tak aktif tak meriah lah menjana kewangan di situ, tetiba terasa hati sangat nak tengok  keyword search. Dan TER-pandang "padang piol map kawen". Hampir terpengsan aku... Tapi tak pengsan pun, cuma berderau rasa darah naik ke kepala.

Jangan tanya aku betul ke tidak. Sebab aku tak nak ambil tahu. Tak teringin nak tahu (TIPU!!). Tak mahu tahu. Lagipun buat apa nak ambil tahu? Cukup-cukuplah 3 tahun jadi perempuan simpanan dia dulu. Tak sepatutnya aku terkejut, kalau dia kahwin dulu dari aku pun sebab dia memang layak. Orang mulia taraf-taraf syurga ni memang murah rezeki kan??

Eh tahniah la ex-boyfriend!



1 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...