Bontot terhentak konfem efek peranakan. :( kan??
Hari ini amat senang hati mengambil gambar pengantin berbanding semalam. Kawasan sawah padi.
Dah lah hari ni datang ke rumah pengantin dengan perut kosong, tak menyempat nak isi dulu.
Macam biasa, hari minggu kalau aku free aku akan ikut Azahar Ukir untuk TA event beliau. Sambil-sambil belajar ambil gambar, sambil-sambil dapat duit poket. :) Azahar ialah seorang OP yang tidak kedekut.
Sekarang musim hujan. Tak dapat nak jangka hujan turun pagi ke, tengahari ke, atau petang. Alhamdullilah, tadi cuaca tak terik. Tapi bahang matahari still boleh menyebabkan aku rentung terbakar. Aku kan cepat sunburn...
Nak jadikan cerita, masa pengantin berarak waktu tengahari tiba-tiba hujan turun. Lintang pukanglah kami berlari-larian ke khemah kenduri. Gila kau, aku dah lah tak berapa nak jaga kamera dengan teliti pastu nak bagi kena air hujan pula. Boleh bayangkan camana aku berlari sambil sorok kamera dalam baju?? Hehe.
Tapi tak ada apa-apa berlaku. Aku selamat masuk ke khemah pengantin.
Shoot pelamin, pengantin bersanding dan tepung tawar. Disebabkan hujan, ramai sesaklah tetamu di situ. Baik dengan abang-abang videografer, sanak saudara dan kawan-kawan pengantin.
Punyalah sedap shoot, aku undur punya undur tak sedar pelantar pelamin tu dah habis. Lutut lemah, sebelah kaki salah mendarat dan...
...bedebuk!
Aku dah jadi cempedak busuk depan tetamu yang berpusu-pusu di pelamin, depan pengantin, depan abang-abang ArmayaInMotion. Yes, aku terpeliot. Malu juga lah rasanya. Nak buat-buat pengsan mampus orang tak layan. Sibuk. Azahar mengambil masa beberapa saat untuk menoleh pada aku yang dah jatuh terpukang ni.
Aku ketawa. Cover line kononnya.
Aku tak ingat. Tapi seingat aku tak ada orang pun nak tolong aku bangun semula. Cis! Mentang-mentang yang jatuh ni dugong. Yang bagusnya, masa aku jatuh camera di tangan kanan aku, aku genggam cantik julang ke atas dan tangan kiri stand atas tanah. Automatic.
Aku bangun sendiri sambil ketawa 15saat dan buat muka rentung. Buat macam tak ada apa pun berlaku. Rock steady! Kemudian sambung semula ambil gambar dengan muka tak bersalah.
Shoot outdoor di sekitar sawah yang baru dicucuk benih padi. -seperti gambar di atas. Sejuk hati memandang. Masa ini aku dah rasa seluruh anggota badan aku tak best.
Dah nak tidur ni baru terasa, tapak tangan kiri pedih, pergelangan tangan kiri terasa sengal sikit, siku rasa sakit terhentak tadi, buku lali kaki kanan dah bengkak, bontot kiri pun dah mula sakit. Jalan pun tak best. Uwaaaa! Makin cacat lah aku.
Nak mengadu kat pakcik, tapi dia jauh. SMS pun restricted on weekend. :'( pakcik... Tolong chubby...
Nak urut. Sakit betul-betul ni. Rasa macam alignment badan dah lari.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
alahai! kesian betul! cepat2 gi urut, ye! maybe lps tu ok kot..
BalasPadamsabar la ok...itu semua dugaan dan ujian untuk ke tahap PROFESIONAL!
BalasPadamareleez
BalasPadamkat sini tak tau mana tempat urut yang betul2 nak mengurut, bukan sebab duit...
armaya
BalasPadamabg oi... lupa ke pesanan ayahanda? nak jadi professional kena amek gambar sambil bercakap dan umur kena cecah 50thn....