Cari Blog Ini

Isnin, 27 Februari 2012

Berpeluh kejar tiket sambil duduk

Bekejaran sambil duduk?


Memang berpeluh, tak tipu. Aku dah experienced. Sakit bahu-bahu ni. 


Ni akibat crazy sale di Airasia. Tiket semurah RM19.

Nak travel. Girl outing. Tekad.

Yang seorang di Penang. Seorang di Kuala Selangor. Plan dah lama harap-harap kali ni menjadi. Kebetulan As dapat sponsor tiket hotel di Kota Kinabalu. Bercuti di Sabah lagi uolls. Tiket nak pergi pun sponsor. Alhamdullilah, adik saya belanja.

Letih oii komunikasi secara maya. Nak tunggu reply di Whatsapp satu hal. Digi reception macam hampeh kat rumah ni.

Jenuh menunggu depan laptop, nak tunggu page loading, siap kena queue. Betapa heavynya trafik nak masuk website Airasia hari itu. Akhirnya berjaya. Tapi dapat tiket RM33 sehala ke KK. Okeylah tu daripada tak ada. Berlengas badan menunggu bukan main lama depan laptop.

As booking
Kami berdua dapat booking seat sebelah menyebelah.
Nak ajak ramai pergi tapi semua ada komitmen maka aku bertiga sajalah. Tang tiket Fais aku handle. Dan aku tak sempat nak bookingkan seat untuk Fais time nak pergi nanti. Gamble sajalah.
Aku booking
Sebab nak kejarkan tiket termurah, timing balik tu nanti Fais akan terkontang-kanting keseorangan. Tak apa, dah besar panjang boleh kot survive. Hihi. Dia lewat 20minit berlepas dari kami.

Looking forward for Sabah's trip. Tak sabar. Nak pergi mana lagi ye? (dan harap-harap nyawa aku masih panjang nak menunggu bulan September nanti)


until then.... bye!

1 ulasan:

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...