Habislah...
Sebab tafsiran yang dibuat oleh siapa-siapa entah ini macam banyak sangat ke-negatif-annya.
Ini betul. Dari awal lagi aku sudah bilang, aku sudah pesan bila nak berkenalan dengan aku, nak berkawan dengan aku, bersiap sedialah dengan "kejahatan" mulut aku. Aku cuba jadi wanita melayu terakhir, cuba untuk kurangkan bercakap, cuba untuk tidak berkawan, sebab natijahnya banyak sekali. Ramai yang tersinggung, yang terasa hati dengan kata-kata aku. Aku mudah untuk melepaskan kata-kata yang aku rasakan betul dalam hati tanpa berfikir panjang. Hanya yang betul-betul kuat sahaja yang akan kekal dan boleh hadap dengan mulut aku. Tapi aku tak nak macam tu, tak ada niat nak jadi mulut longkang.
- Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif.
Erm... betul ke? Rajin? So-so kot. Sebab aku ada timing bila aku nak rajin. And I am evening person, dah petang-petang karang baru roh rajin aku datang. Bercita-cita tinggi? Semua ada cita-cita. Cita-cita aku ialah berkahwin tapi dengan Dato' ke, dengan CEO company yang dah established atau level-level bos.
- Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi.
Mudah terpikat tak bermakna tak setia. Mudah suka pada orang dan sangat mudah untuk "melekat" dengan orang itu.Suka tak bermaksud nak selalu jatuh cinta selalu. Setakat mata melilau tengok buntot orang yang padat, dada bidang, tangan berbulu, tak salahkan? Tapi hati tetap pada manusia kesayangan. Untung siapa dapat kasih sayang aku ni. Haha!
- Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta.
Hati tak tetap? Mudah terganggu kot. Yup! Cepat percaya pada kata-kata manis dan janji palsu manusia. People always take me for granted. Sebab aku baik, aku senang nak terima kata-kata manusia-manusia bertopeng iblis ini. Selain baik, perkataan yang tepat ialah BODOH.
- Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk.
Tapi hakikatnya saya boros. Dan suka berbelanja. Apa maksud pengurusan dia ni? Well, alhamdullilah, walaupun aku ditakdirkan hidup keseorangan tanpa kehadiran suami, tanpa sokongan kewangan dari sumber tidak sah dan membela Flora sebagai anak angkat, I managed to pay everything. Normallah bagi yang bergaji kecil macam aku, sekejap tak bayar itu, tak bayar ini. Nanti tampung balik.Masalah kewangan tak berapa nak jadi isu sebab aku murah rezeki, so far. :)
- Dia pandai mengurus dan merancang kewangan.
Yang ini kurang setuju. Adakah kehidupan aku nanti akan selalu bercerai berai? Dah puas hidup dengan orang ini, cerai dan kawin lain. Eh! Berangan pula aku ni. Umur dah 30 pun berangan nak cerita pasal kawin. Kahwin pun tidak bila masa nak cerai berainya?
- Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.
Ini siapa mau buat confirmation? Aku kuat seks yeh?
- Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
until then.... bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...