Cari Blog Ini

Jumaat, 3 Februari 2012

Jambangan bunga dari secret admirer

Mak, Abah! Anakmu yang tua ini dapat bunga. Orang hantar ke ofis. Tiba-tiba je. Out of sudden. Terus snap gambar upload dalam FB.
Siapa gerangan si pemberi?
Ingatkan dalam drama telenovela atau cerekarama saja adegan hantar bunga ke ofis. Ke aku mimpi? Tak pernah seumur hidup berdepan kejadian macam ini. Aku gadis rock. Mana main bunga hantar ke pejabat. Punahlah imej gadis kental yang kasar bahasanya. Kental sangat ke jiwa aku?

***
Jam menunjukkan 1155hrs.
Masa itu lagu Adele, I set fire to the rain dah 70juta kali diulang dari pagi. Mesti kawan depan kubikel aku dah bernanah telinga dengan lagu ini diulang-ulang.

Tiba-tiba,
Ofismate: Fuyooo...! Syima dapat bunga. (sambil berjalan menuju ke kubikel aku membawa jambangan bunga yang kecil comel tu)

Ada pakngah lain?
Aku tergamam. Betul ke ni? Ke mereka ni nak main-main? Sebab masa tu tak nampak bunga pun, plastik wrap itu yang lebih obvious. Aku terima bunga tu dan belek. Ada tulis "From Pakngah". Lima minit menjadi kaget dan blurr. Aku mana ada pakngah lain selain pakcik. Masa tu perasaan dah menekan, jantung berdegup usah cakap, laju mengepam darah yang naik ke otak. Rasa takut pun ada, rasa gembira nak melompat-lompat pun ada, rasa terkejut, rasa berbagai rasa. Lalu terkeluar sedikit air mata kerana terharu tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya motif bunga itu.

Aku menjerit. "Siapa yang nak main-main ni? Tak suka lah." Nak tahu siapa yang hantar. Bingkas bangun menuju ke kaunter sebab apa jua surat, dokumen atau parcel accessnya melalui kaunter sahaja. Aku tanya ofismate aku itu dan dia kata ada orang perempuan datang bagi bunga dan sebut nama penuh aku.

Dah berkerumun orang datang ke meja aku tengok bunga itu. Tak ada lah berkerumun, maksudnya 2 - 3 orang yang "concern" silih berganti datang nak tengok bunga. Barangkali pelik la kot sebab tempoh hari macam orang sasau hilang arah, alih-alih hari ini dapat bunga.

"Siapa bagi?"
"Pakngah ke?"
"Pakngah bawah?"
"Pakngah la tu...."
"Patutlah asyik dengar lagu cinta..." (lagu adele ni lagu kecewa kan?)
"Hai makngah..."
"Amboi makngah dapat bunga..."
"Pergh... Syima dapat bunga..."
"Pakngah? Pakngah mana ni??"
"Beli bunga bagi diri sendiri ke?"

Sudahnya bertali-tali menyambut sorakan yang seakan menganjingkan aku tu. 
Dan last sekali...
"Bunga ni sempena Thaipusam ke?"

***
Bos dalam laluan nak ke biliknya.Tiba terpandang ke arah kubikel aku.

Bos: Uihhhhhhhhhhh! Siapa bagi ni? (tanya bos kepada ofismate ku)
Ofismate: Pakngah

Bos: Pakngah mana? (seraya melihat aku)
Aku: (aku dah ketawa besar) Mana saya tau. Tiba-tiba je ni.
Bos: Owwhhh... patutlah nak minta cuti seminggu.

Memek muka bos seperti tidak suka, menatap muka aku dengan menguntum satu senyuman tak ikhlas, senyum kambing.

Maafkan saya bos, saya tak bermaksud nak berlaku curang.

Aduyai...


until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...