Cari Blog Ini

Khamis, 9 Februari 2012

Sendu di hati tak siapa yang tahu

Sedih lagi.
Aku mudah kalah dengan hal berkaitan emosi. Sangat kalah.
Nora dah balik ke KL. Dah tak ada kawan nak disakat. Kesian pada dia, kesian juga pada aku.


Kerapkali aku bertanya, kenapa laluan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku tak setabah Nora? Rupanya sakit memendam rasa lebih teruk. Kritikal. Dipalsukan kegembiraan, dibuat-buat keceriaan itu. Tipu manusia lain.

Tapi aku tak mampu menyorok rasa. Seperti dia.



METAFORA

Ditipu. Ditinggalkan. Dipermainkan. Diperlekehkan. 

Itu semua mainan manusia zaman sekarang. Alam kita sudah ketandusan manusia yang ikhlas. Bumi kita sudah pupus manusia yang punya rasa.

Bercakap tentang sesebuah perhubungan, setiap kita akan berdepan dengan pasang surutnya. Suka duka adalah lumrah.

Bahagia? Harmoni? Alhamdullilah. Doalah supaya terus kekal begitu.

Tapi bagaimana dengan episod kegagalan perhubungan itu? Hendak terus meratapi? Nanti seolah-olah kita tak meredhai qada dan qadar. Kesedihan pasti dirasai. Mungkin seminggu, sebulan atau makan bertahun lamanya. 

***

Serik. Dah hilang rasa percaya. Dan hati bagaikan tertutup. 

Lantas, disaat kita terkapai-kapai mencari kebahagiaan, ramai manusia yang bertopeng iblis tampil untuk meredakan hati. Dan aku gagal lagi. Terperdaya dengan simpati yang ditunjukkan.

Mulut seraya mengucapkan keikhlasan dalam persahabatan, tetapi hakikat? Akal seakan ligat mencari strategi untuk mendekatkan diri mereka bagi mencapai maksud dan tujuan "persahabatan". Standard lah "bila biawak mengulangi bangkai".

Orang cakap "Dont compare your life with others. U have no idea what their journey is all about." Tapi mampukah kita untuk stay positif? Sampai bila?

Penat nak re-do everything. Kalau boleh nak terus fast-track tapi keadaan macam tu lah yang manusia-manusia ini akan take for granted, baik suami orang, duda atau lelaki bujang dan jangan terkejut kawan-kawan perempuan pun ada yang berpura-pura mendekati kita. Memang betul manusia yang benar-benar ikhlas dah tak ada. 

Boleh tak kalau aku nak hidup sendiri? Bergaul dengan kawan-kawan perempuan yang sekapal saja. Wujud lagi kah rasa untuk menyintai dan dicintai? Sebab aku dah naik bosan dan jelak dengan sokongan moral (kononnya) yang ditunjukkan oleh kawan-kawan. Tak kurang juga yang mencemuh dan mentertawakan aku. Dan disedari aku mula menjarakkan pergaulan sesama mereka yang sudah berumahtangga. Makin aneh kekacauan emosi dalaman aku.

Bila aku mula bertatih untuk bertahan dan kuat semula, kawan-kawan datang berceritakan kekecewaan yang berlaku disebabkan manusia-manusia yang tak ikhlas dan tak jujur ini. Langsung menjadi penyebab aku jatuh terduduk kembali.

Di mana silap aku? Seriously aku tak nampak. Dan mengapa perkara ini jarang diperjelaskan pada aku?


Nukilan rentetan dari emosi Nora,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...