Instagram Shots

Rabu, 8 Februari 2012

Siapa yang jadi anak siapa ni?


Siapa yang kena interview? Nora ke parent aku?
Cuti Thaipusam kali ini plus dengan Maulidur Rasul maka aku ambil cuti direct seminggu. Memang tak ada rancangan nak balik dengan Nora, tetapi memandangkan dia ada agenda sendiri di JB, jadi aku pelawa dia tinggal di rumah beberapa hari.

Mak ayah aku menatang dia bukan main. Maklumlah tetamu yang bijak mengambil hati orang tua dan pandai memasak. Gambar di atas menunjukkan cik Nora bercerita tentang kelebihan daun-daun ulam yang orang kita sekarang jarang makan. Aku memang out lah bab-bab cerita hutan dan sungai air tawar. Mak ayah aku orang lama, mestilah seronok berkongsi cerita.

Alih-alih aku merasakan aku di sisihkan. Nak join cerita tak reti. Duduklah memencilkan diri kat sudut hall dan bermain Facebook. Hahaha.

Parent aku insist untuk dia stay lebih lama. Mana boleh kan, dia kena kerja. Jadi petang tadi masa hantar Nora pergi ke stesen bas, sayu saja mak aku. Dah tak ada kawan menyembang. Aku tak reti menyembang macam Nora sembang.

Aduyai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...