Cari Blog Ini

Khamis, 16 Februari 2012

Sorry lagi... lagi-lagi sorry...

Menjaga hati.

Senang ke susah?

Menjaga hati tu sama macam mengampu ke?



Rupanya bukan senang nak menjaga hati seseorang. Tambahan pula bila dah manusia itu menjadi orang kesayangan. Itulah sebab orang kata jangan sayang seseorang itu berlebihan.

Mulut salah terkata, hati pedih bak dicucuk sembilu. Nak patah balik, ini bukan perahu yang terlajak. Memang terlajak kata tak boleh nak buat apa-apa melainkan permohonan maaf. Ada orang lembut hati untuk memaafkan, ada orang terlalu keras hati untuk menerima kemaafan tu. Mulut kata okey, hati panas memendam rasa.

Bagusnya menjadi orang bisu. Tak bisa nak mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan.

Walaupun kadang-kadang bukan niat pun untuk menyakiti hati orang, tapi tak ssiapa tahu itu penyebab sesebuah hubungan itu menjadi renggang. Aku kena belajar untuk menjaga hati. Hati sendiri. Hargai hati sendiri lebih relevan dari menjaga hati orang. Jaga hati orang ni serba tak kena.

Lagi tak keruan bila kita tak pasti apa yang menyebabkan seseorang itu terasa hati dan menjauhkan diri dari kita. Bukan semua orang boleh bawa berbincang.

Apa yang aku boleh cakap.... SORRY. Agaknya aku tak boleh berkawan rapat dengan siapa-siapa pun dek mulut aku yang selalu terbabas perkataan.


until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...