Cari Blog Ini

Isnin, 12 Mac 2012

Bercinta dengan suami orang


Hari ni aku terajin nak menggugel kisah-kisah cinta lelaki berumur dengan perempuan muda. Saja nak buat rujukan dan research. Untuk bacaan menambahkan ilmu. Tapi tak banyak, hampir keseluruhan entri yang aku jumpa semua nak meng-kondem laki orang. 

10 Alasan Kenapa Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang
  1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU - dia cuma nak berseronok
  2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA - sebab dia tak jujur 
  3. HUBUNGAN SECARA SULIT - nak keluar pun kena sorok-sorok
  4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG - yang rugi perempuan juga...
  5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA? - tak pasti
  6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU - memang, "barang" test market mudah je kena buang
  7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN - perempuan yang berstatus kekasih gelap juga dipersalahkan
  8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI - tak ke mana pun cinta
  9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN” - kalau hubungan dah kantoi mereka dengan senang menyalahkan perempuan 
  10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA - bercinta tapi tak pasti arah tuju pun merugikan "ovum" perempuan kerana telur perempuan ada time bar dia...
untuk bacaan lebih lanjut klik link ini.


Aku tak tahu siapa penulis sebenar untuk entri di atas, tapi nampak benci sangat dia pada lelaki orang yang menggatal dengan perempuan muda ni. Sampai aku jadi takut dan berprasangka laki orang semua macam ni dan memang jahat yang amat.

Pakcik pun laki orang juga. :(

Tapi ada satu keratan akhbar yang aku nak share.
klik image untuk bacaan

Apa kena mengena? Ini cerita tentang duda beza 20 tahun. Apa relevan dengan suami orang? Okey kita ambil sudut perbezaan umur, kewarasan fikiran, fitrah manusia dan ketentuan tuhan. Jawapan dari seorang perempuan yang berkelulusan doktor.

  1. Tidak semua lelaki tua yang berkahwin dengan wanita muda bersikap miang atau gatal kerana setiap individu mempunya pandangan tersendiri
  2. Ini soal JODOH, telah ditentukan Allah. Cinta tidak mengenal batas usia ataupun rupa.

Lelaki orang pun manusia jugakan? Tak terlepas dari dugaan dan mainan perasaan. Kan ada satu idiom melayu, dia cakap "Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita". Pada aku dalam dunia ni tak ada apa yang betul, tak ada apa yang salah. Kalau isteri tak pandai jaga suami, mendapatlah laki yang mencari kasih sayang diluar. Sekali pun si isteri dah memang betul-betul perfect jaga laki dia, tapi si suami masih nak makan luar, itu dugaan buat dia. Bercakap soal kehidupan, bukan semua yang kita nak kita akan dapat.

Janganlah cepat menghukum orang. Janganlah selalu nak menunding jari mencari salah pada perempuan-perempuan yang dianggap sebagai perampas ini. Aku pasti 70% tak pernah berkehendakkan suami orang. Tapi kalau dah ditentukan untuk berjumpa dengan laki orang untuk berkasih yang mana jauuuuuuuuh lebih baik dari lelaki bujang yang tidak berkualiti sekarang ni, NAK TOLAK?

Just my two cent. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...