Instagram Shots

Ahad, 4 Mac 2012

Saya di JB untuk #twtupJOHOR

Owhh... Alangkah bagusnya kalau ada geng untuk sama-sama join event #twtupJOHOR tu.

Tapi bukan. Saya di sini untuk perkara lain.

Out of sudden, kenapa balik JB?? My parent pun pelik. Sebab baru 2 atau 3 minggu lepas balik bercuti. Minggu ni balik lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Weird. Padahal kerja berlambak di pejabat tu. Dengan laporan menimbun-nimbun.

Kusut.

Mungkin kusut perkataan yang sesuai. Khabar angin yang meribut tentang pegawai-pegawai yang dapat "surat biru" pun sama-sama menyumbang kepada kekusutan ni.

Baru dapat cahaya kegembiraan di KSel, baru nak rasa bahagia dan seronok semula. Sekarang?? Rasa macam nak menangis... Betul ke nak kena pindah?

Tinggalkan flora sekejap, tawakal parking kereta di stesen bas. Datang ke sini dengan bas. Macam-macam hal.

Masa aku dah terhad. Kewarasan aku makin minima. Lebih baik isi dengan perkara-perkara baik. Aku rasa macam tak lama. Tak lama sangat dah. Sempat bernafas lagi untuk esok pun kita tak tahu kan?

Kenapa saya balik sini?
Ada kenduri kata adik. Tapi malam tadi bukan kenduri rupanya. Ada event keagamaan di taman ni. Abah chairman. Bagi sokongan saja.

Later.