Cari Blog Ini

Isnin, 19 Mac 2012

Gamophobia: Fobia pada perkahwinan


Fobia terhadap perkahwinan memberi punca kepada tekanan emosi yang berpanjangan bagi kebanyakan orang di seluruh dunia tanpa mengira bangsa. Fobia ini telah menjadi kebiasaan pada hari ini dan membuatkan kehidupan ramai orang menjadi tidak keruan. Adakah kamu salah seorang yang fobia pada perkahwinan?

Bagaimana kamu hendak mengenali jenis fobia ini?

Fobia terhadap perkahwinan adalah ketakutan yang tidak rasional daripada perkahwinan. Mereka ini kerap mengelak/melarikan diri dari diaju hal-hal berkaitan perkahwinan. Mereka mempunyai sebab-sebab yang tidak terkira banyaknya untuk berasa takut. Secara umumnya, baik lelaki dan wanita - punca menjadi fobia pada perkahwinan adalah disebabkan pandangan dan andaian peribadi bahawa kehidupan mereka boleh berubah secara drastik selepas perkahwinan. Ia boleh menjadi kesukaran melampau bagi mereka. Mereka juga mungkin mempunyai beberapa contoh-contoh nyata (dalam real life) tentang perkahwinan yang menjadi buruk - antara penyumbang kepada sebab-sebab takut dalam diri mereka.

Ketakutan pada perkahwinan akan mengundang banyak masalah dalam kehidupan. Ia boleh memberi kesan buruk ke atas kesihatan mereka, kerjaya, pendidikan, dan kehidupan keluarga secara keseluruhan. Jika mereka hidup seperti ini untuk jangka waktu yang lama, ia boleh menghancurkan keyakinan mereka, keyakinan diri, mengakhiri hidup dalam bayangan masalah.

Gejala-gejala yang biasa menunjukkan kamu seorang yang takut pada perkahwinan boleh jadi - sesak nafas, berpeluh, degupan jantung yang tidak teratur, loya dan lain-lain perasaan yang dahsyat. Setiap orang menghadapi fobia perkahwinan dengan cara mereka sendiri. Setiap orang mempunyai gejala yang berbeza. Sesetengah orang boleh berasa serangan panik. Kamu mungkin mempunyai banyak masalah-masalah lain dan ini dikenali dengan nama Gamophobia atau Takut Perkahwinan.

Kesan fobia perkahwinan adalah serius, ia boleh memisahkan mereka ini dari orang yang tersayang dan orang-orang sekeliling / rakan sekerja. Banyak kerugian terutama melibatkan kewangan.

Punca fobia terhadap perkahwinan

Seperti ketakutan dan lain-lain fobia, ketakutan terhadap perkahwinan adalah dibawah pengaruh minda separuh sedar. Punca yang mungkin menjadi penyebab kepada ketakutan ini adalah insiden-insiden yang pernah berlaku dalam kehidupan sebenar yang mengaitkan perkahwinan atau sesebuah perhubungan dan masalah emosi dalam hidup kamu. Ia juga mungkin melalui pembacaan rencana-rencana, artikel, filem, televisyen atau melihat rakan kamu yang mengalami trauma.

Apabila perasaan negatif menguasai pemikiran kamu, minda separuh sedar mula berfikir: "Oh, episod perkahwinan adalah sesuatu yang tidak selamat. Bagaimana saya boleh hindari situasi ini?" Dari sini perasaan takut kahwin akan timbul. Kelakuan mereka yang fobia ini adalah kesan dari lebihan emosi negatif tersebut. Mereka yang mempunyai ketakutan terhadap perkahwinan ini secara sendirinya menampakkan kelakuannya dengan cara yang berbeza. 

Adakah kamu seorang Gamophobia? Dengan simptom-simptom yang dinyatakan kamu boleh nilai sendiri.

sumber. disunting semula oleh syimalicious.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...