Instagram Shots

Ahad, 18 Mac 2012

Keluar mulut harimau, masuk mulut naga

Apalah nasib yang tak pernah nak rasa untung. Asyik tak ada luck. Ingatkan ada tempat mengadu, tempat untuk menumpang sementara... tapi... alas kaki pun tak dilayan seperti ini. Sedihnya hati. Tiada nilai langsung!

Dituduh, dituduh dan terus dituduh. Tak guna berubah andaikata persepsi buruk dah melekat buat aku.

Dah penat. Tersangatlah penat. Sampai hati kau torture hati dan perasaan aku yang cuma hadir dalam hidup kau untuk menumpang kasih saja. Aku tak minta lebih pun. Aku tak pernah paksa pun.

Kau yang aku sangka penyelamat, rupanya berwatakan tak kurang seperti manusia terdahulu yang hidupnya senang lenang, bahagia di sana. Rupanya kematangan bukanlah bergantung pada umur.

Aku sedih. Ada kau kisah?

Kau tak pernah kisah. Kau ada kebahagiaan yang menunggu. Ada mereka menghiburkan kau dengan telatah masing-masing. Tak adilkan? Kau pentingkan diri sendiri. Kau serabutkan jiwa aku, tapi kau duduk selesa di sana. Terima kasih. Terima kasih atas tunjuk ajar kau itu. Terima kasih sangat. Kau buat aku sedar di mana bumi yang sedang aku pijak.

Tuduhlah lagi. Buat tuduhan melulu. Tuduh lagi! Tuduh sampai aku buat betul-betul. Jangan uji kesabaran aku. Kalau nak buang, cakap terang-terang.

Hakikatnya kau tak pernah hargai aku.