Cari Blog Ini

Isnin, 26 Mac 2012

Murah rezeki di Secret Recipe

Kawan lama ajak makan. Jom kan saja. Dia tanya mana mahu makan, haruslah aku ketuk makan tempat mahal-mahal. Alahai tak adalah mahal mana Secret Recipe ni kan? Tekak tetiba nak rasa makanan yang creamy dan masin.

Firstly aku order ayaq ni. Tapi makcik cepat pelupa tak ingat nama air. Nak kan kelainan, order minuman yang tak pernah order sebelum ni. Ya rabbi, pahitnya sukar untuk digambarkan. Dah kacau 2 sachet gula pun still melekat rasa pahit itu.

artistik tak cara snap gambar ni? guna BB je tau?

Yang ini pun aku lupa. Apa nama spaghetti ni? Ada nama carbonara juga kot. Aiseh, resit entah hilang pergi mana tak tahu. Puas hati dapat rasa kepekatan creamy-sticky-kemasinan spaghetti ni. Aku hantu masin. Bakal pewaris darah tinggi.


Dah kenyang. Tetiba ada kawan yang lagi lama telah masuk ke kedai. Mula-mula dia tak kenal, lepas aku tegur dia, dia terkejut cakap aku dah kurus. Huwaaaa! Aku tau dia perli. Kambing sangat. Jadi dia yang bayar. Haha. Bernasib baik betul kawan lama aku itu.


Oleh kerana kawan lama aku itu tidak mengeluarkan belanja, aku terus order carrot cake ini. Dessert la konon-kononnya. Tapi tak habis. Orang tamak memang selalu rugi kan? Tapi aku tak ada istilah itu, aku bungkus bawa balik bagi Flora makan. Selesai.

Adakah aku peng-kikis? Hahaha


until then.... bye!

2 ulasan:

  1. amboi. makan betul. ;p


    aku suka la gambar-gambar kau. suda aku like di fb.kihkihkih (saja bagitahu aku suda like) haha

    BalasPadam
  2. makan itu terapi kan?? tapi susah betul nak turun berat badan semenjak lemak dah tepu ni....

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...