Dan janggal juga perasaan aku ketika dihidangkan roti ini.
Ye, aku sedang bercakap tentang makanan.
Al-kisah, berlaku di tempat aku dan pakcik selalu minum petang. Mungkin kadar kekerapan kami berjumpa di situ menyebabkan pekerja serta tauke restoran berpendapat kami sedang into something. Macam bercinta. Konon-konon. Tak tahulah bagaimana penilaian mereka, tapi setiap kali kami sampai, mereka macam dah tahu kami nak minum apa. Tak payah order, kadang-kadang air sampai dulu.
Hebat tak?
Suatu hari tu aku macam teringin sangat nak makan roti bakar dan telur separuh masak. Maka aku pun order, dan..... sekali mamak ini propose pada kami tukar menu roti telur special. Aku membayangkan roti itu dibakar dan dipalit dengan extra majerin dan kaya kemudian 4 biji telur dipecahkan di atas roti tersebut. Nyumss sekali!
Sekali masa dia hantar makanan itu....
TaDaaaaa!
Siap ada love-love gitu. Decorate bagai. Aku jadi teruja nak ambil gambar. Tersengih-sengih. Rasa macam kena perli pun ada. Initial restoran pun ado...! Makcik amat terharu dengan sokongan mereka. Terima kasih mamak kerana menyokong cinta kami. Haha - statement??!
What is so special about this roti selain decoration? There's a melting cheese inside. Disalut dengan telur di luar. Tak terbayang aku nak terima kejutan macam ni kan? Layanan yang sangat istimewa dari mereka. Tapi haritu saja lah kot... Dua keping roti tu kenyangnya sampai ke tengah malam. Pejam mata, tak mahu kira kalori. Huhu
No wonderlah bila aku ke situ tanpa pakcik 2-3 kali sebelum ni, mereka pelik... Hish!
Kenangan sungguhkan pakcik?? Jom tutu kambing??
until then.... bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...