Senang hati rumah dah agak kemas 70%. Terima kasih kepada maid gaji ikut jam. Walaupun ada sedikit rasa tak puas hati dengan kerja makcik melayu itu.
Well, baju dah 3 hari tak berangkat. Maklumlah sibuk dengan hal-hal dunia. Weekend yang sibuk dengan aktiviti luar. April dijangkakan tiada penglibatan untuk shoot event kahwin. Maaf tok guru Azahar Ukir.
Jadi selepas mandi dan mengemaskan diri, aku on-kan laptop. Tiba-tiba dengar suara kanak-kanak dari sebelah rumah terpanggil-panggil "kakak" sambil mengetuk grill sliding door rumah aku.
Jam dah menunjukkan 8.45mlm. Aku jenguk ke luar.
Anak-anak Ravi bertenggek di tembok rumah. Si sulung minta pinjam handphone. Aku pelik. Kenapa tiba-tiba ni? Rupanya ibu dan ayah mereka belum balik. Keluar dari 2.30ptg hingga malam masih belum pulang lagi. Kerisauan terpancar dari wajah si sulung.
Handphone tengah charge, kalau bagi si sulung ni pinjam pun signal Digi di rumah ni sangat nazak. Hujan malam. Tanpa banyak tanya aku suruh dia masuk rumah gunakan telefon fix line. Aku pergi angkat kain. Kalau tunggu pun bukannya faham bahasa mereka kan? Masa masuk aku tengok reaksi muka dia (si sulung) macam lega dapat bercakap dengan ayah dia.
Lepas itu barulah aku interrogate. Rupanya pasangan suami isteri itu pergi Ladang Tenamaran milik Sime Darby sebab ada lawatan dari PM kita. Nak dapatkan sumbangan dari PM kata si sulung. Tiba-tiba aku jadi kesian. Mereka berkejar untuk dapat bantuan yang tak seberapa tu. Tapi hati jahat aku cakap "benda dapat free semua nak sambar..."
Dalam 11.20mlm aku dengar suara si Ravi. Baru balik agaknya. Dengan menaiki motor uzur untuk perjalanan lebih kurang 60km pergi balik.
Betapa aku bersyukur aku dilahirkan dan dibesarkan dengan pendidikan yang sempurna (walaupun tak cemerlang), mempunyai kedua ibubapa yang berkerjaya satu ketika dahulu sampai tak pernah merasakan kesempitan wang, cukup makan pakai sampai gendut dugong macam ni, bersyukur kerana mampu mendapat pekerjaan yang memberi jaminan pencen ketika di usia tua walaupun berstatus andartu nanti.
Syukur.
Meskipun selalu ada bisikan-bisikan untuk merasa takbur dan serba tak cukup, selalu seperti hilang pedoman dan iman mempertikaikan keadilan Tuhan, but at the end aku masih seorang hamba yang masih tahu bersyukur.
Syukur... kerana bila kita rasa kita teramat susah, ada orang yang lebih susah dari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...