Cari Blog Ini

Khamis, 12 April 2012

Hasil gegaran gempa bumi 11 April 2012

Untuk dikitar semula.
Korang rasa ke gegeran hari itu? Tak silap berlaku di Acheh dengan kekuatan 8.9 skala ritcher kan? Memang boleh tsunami pun. Tapi memandangkan titik kawasan berlaku di tempat lain, maka tiada berlaku tsunami. Cuak juga rasa time tu. Dahlah jauh dari famili. Nak kejar ke sana 4jam lebih kot. Tawakal. 

Tapi Alhamdullilah tak ada apa-apa terjadi.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal gempa bumi Acheh. Aku nak bercerita pasal gempa bumi di rumah aku. Serious penampakan aku bukan calon terbaik untuk dijadikan isteri. Hihi. Maklumlah kerja aku sentiasa busy, kalah orang politik. Asyik balik malam ~ bersosial. Hiks!

Tu dia... Singapura dilanggar todak. Tapi ni bukan semak biasa.
Ini Kuala Selangor diserang babi tonyok...
Haritu dah terlampau tak tahan tengok rumah macam sarang puaka, maka aku dengan masa tu tak ada duit, korek tabung cari RM70 untuk hired dua orang helper. Terpaksa. 


Kumpul punya kumpul banyak sungguh barang-barang yang patut dibuang tapi aku simpan untuk pembiakkan sarang labah-labah. Habuk tak usah dikata, memang berdebu!

Baju-baju lama untuk diderma. Tapi sampai sudah aku peram dalam kotak tu. Penyudahnya bertahun-tahun dalam bilik setor.

Memandangkan aku tak tahu nak humban ke mana, aku sedekah pada helper-helper ini. Sebenarnya aku kurang ikhlas nak derma pada helper bangsa Melayu ni, asyik mengomel saja kerja dia. Tapi sebab dah niat nak derma, halalkanlah - cuba ikhlaskan hati. 

Aku ditegur jiran sebelah. "Mau pindah ka??" Bila aku cerita aku sedang membuat pembuangan sampah besar-besar, si Ravi datang untuk kelaskan kasut dan beberapa barang yang lain. Mereka orang susah, kasut koyak sikit pun mereka kata masih cantik. Timbul kasihan. Ambillah Ravi... jangan kau pergi menjual di Bundle sudah.

Korang jangan nak spekulasi aku pemalas. Memang aku pemalas. Tapi jangan banyak bunyi.


until then.... bye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...