Cari Blog Ini

Selasa, 15 Mei 2012

Jiwa lara

Sekejap rasa nak privatekan blog. Sekejap rasa nak delete terus. Sekejap rasa nak teruskan bercerita. Kucar kacir mindaku untuk membuat keputusan.

Kecenderungan aku menulis bergantung kepada sihatnya mental untuk beroperasi. Tiada kekusutan, jiwa bak penuh dengan hiasan bunga-bunga yang berwarna warni. Cerita pun tiada belit-belit.

Jiwa aku sangat memberontak sekarang. Rasa dendam dan marah terus mengocak jiwa. Aku nak pukul orang, aku nak bunuh orang. Ini tanda hidup tak berkat kan? Selalu perasaan kacau bilau dan tiada ketenangan. Kembali kepada fitrah manusia yang beragama. Ingat tuhan. Itu saja orang mampu berkata-kata. Apa yang dilalui, apa yang dirasai, orang lain berpura-pura seperti concern. Fak off! Yang sakit... AKU!!

Serious aku membenci apa yang suatu ketika dahulu aku pernah puja. Pujakan hak orang. Hak yang terang-terang tak akan menjadi milik kita. Hak yang kita sedia maklum dia tak pernah memuja kita. Seseorang yang membutuhkan kita untuk kepentingan dan ke"sedap"an diri sendiri. Seseorang yang was-was dengan perasaan sendiri tentang kita. 

Bangsat bukan? Bukan hak orang yang pernah dipuja itu yang bangsat. 

Aku. 

Aku sendiri yang merelakan diri untuk dibangsatkan.

Dunia kejam atau aku yang kejam terhadap diri sendiri? Dari mulut babi ke mulut babi yang lain. Dipergunakan. Aku yang kejam.

Dia minta maaf, aku rendahkan rasa egoku untuk berbaik semula. Tapi bila time dia - aku minta maaf - sikit pun tak dilayan. Bangsat bukan? Semua kawan disekat. Aku nak mengadu pada siapa lagi?? Aku perlukan 2-ways communication. Bukan setakat menadah tangan, menangis dan merayu. 2-ways communication. 

Tak, perempuan akan terus jadi perempuan. Aku membuka ruang untuk terus ditindas. Perempuan itu insan yang lemah, jadi memadai merintih dan menangis. Tiada istilah lelaki dan perempuan untuk berkawan. BULLSHIT! Kita hidup di zaman apa ini? Semua benda nak disekat? Ke aku seorang yang malang kerana berjumpa dengan manusia yang bajet mulia.

Bercerita di dalam blog bukan jalan penyelesaian. Aku tahu. Aku sikit pun tak relieve. Lagi bertambah bengang sebab tiada respon. Macam bercakap dengan dinding.

Aku  benci manusia itu. Mr. Perfect. Dia langsung tak mahu menerima sebarang kesilapan. 

Aku perlu bercampur semula. Aku perlukan kawan-kawan semula. Dia tiada jaminan. 1% pun tiada. Kami, hanya berseronok semata-mata. Yang pasti untuk sementara. 

Wajarkah blog dijadikan medium melepaskan tekanan?

Mempertontonkan kepada public hasil meroyanku. Memperlihatkan kepada semua betapa malang dan tak berkatnya hidup aku? Mempersembahkan satu sketsa supaya menjadi bahan ketawa kepada yang ingin melihat kejatuhanku?

Emosi down. Jadi otak cepat letih. Bye. Nak tidur tapi perut lapar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...