Alhamdullilah. Selamat sampai ke Felda Residence Trolak dengan hati jiwa parah terluka.
Move on. Hidup perlu diteruskan walaupun fitnah bertubi-tubi. Kena terima, tak perlu melenting lagi. Penat.
Akhirnya kemunculan LIZAWATI32 terjawab, kenakalan aku dan keegooan pakcik membawa kepada perpisahan. Ya, aku cemburu dengan keistimewaan perempuan itu dalam hati pakcik. Aku kena belajar redha dan terima hakikat.
Hari ini aku dah skip kelas. TER-skip kelas sebenarnya walaupun tiba awal di tempat penginapan. Terlepas pandang jadual. Tapi ada alasan, aku muntah teruk mungkin sebab perut kosong dan lambat makan tadi.
Aku dan Kak T kebetulan satu bilik turun berjumpa dengan urusetia untuk memaklumkan ketidakdatangan kami tadi. Alangkah tergurisnya hati bila pihak urusetia meninggikan suara "Tak buka email ke? Salah sendiri. Kita dah bagitahu ada sesi suai kenal dan exam awal pukul 4.30pm". Perlu ke aku tanya baik-baik kena jawab macam tu?? Bodoh! Ini bukan orientasi tadika.
Pelajaran pertama untuk hari ini ialah EGO.
Rasa ego menyebabkan seseorang itu tidak mahu mendengar alasan membela diri. Ego merasakan diri bagus dan besar.
Okey...cukup setakat ini. Tak larat menanggung rasa pening dan muntah-muntah ni. Nasib baik langit senja begitu memukaukan tadi. Comelkan kasut saya hari ni?? Pakcik yang beli.
Ok bye!
(Sila abaikan isi kandungan entry yang caca merba memandangkan hati rasa kosong dan otak tidak boleh berfikir dengan baik)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...