Salam Ahad. Bila Mother's Day ye? Semalam? Hari ini? Esok? Malas nak gugel lah.
Kononnya hari ini aku nak buat house cleaning 100%, nak cuci dapur, nak mop hall, nak gosok daki toilet dll. Tapi itu tinggal konon saja.
Sebab apa konon?
Sebabnya pagi tadi ada kunjungan istimewa tew...tew...tew... (terus cacat semua nak tambah w kat belakang perkataan). Saya gembira dan unbelievable sebenarnya. Hari Ahad pakcik di Kuala Selangor yang sepatutnya hari menghabiskan masa berkualiti bersama famili. Tapi tak berapa nak istimewa la sangat, sebabnya dia ke KSG (shortform Kuala Selangor) ada kerja. Bukan untuk aku rupanya. Kiranya aku ini kes yang diselit-selit je lah. Tapi tak kisahlah, janji breakfast tadi adalah suprise breakfast date gitew. Yelah dalam tempoh 36 jam kami perang-urat-saraf. Asyik nak perang saja.
Aku makan Bakso Adek Manis |
Balik dari makan tu dalam pukul 11.30pg, tetiba si Ravi jiran aku minta tolong. Macam biasa jengah muka dekat divider rumah ni saja. Dengan muka mengharap dia minta aku tolong hantar ke Econsave Alam Jaya nun di Puncak Alam sana tu. Dalam kepala "Walaweihh tak agak-agak nak minta tolong hantar jauh ke main? Ingat teksi ke ni??"
Dan mungkin kerana Ravi nampak aku seperti berfikir dan mungkin buat reaksi terkesima maka Ravi pun cakap dia topup la duit minyak. Tui...tui....tui.... aku memang kedekut. Aku minta masa nak masuk mandi dulu. Owh ye menge-date tadi tak mandi pun. Haha. Dah siap mandi semua, bagitahu pakcik takut tak pasal dia bersilat lagi. Jeles menggila pakcik ku ini. Dan dia cakap nak ikut. Cantik sangatlah. Tak adalah aku mati kutu nak sembang dengan Ravi nanti.
Masa aku pelawa Ravi naik kereta dia cakap dia berdua dengan anak dia, sekali ramai pulak yang ikut. Aku tanya isteri tak mahu bawa sekali ke? Dia cakap isteri dia sakit. Agaknya kalau isteri dia sihat, memang satu famili aku kena angkut gamaknya. Maka seperti sardinlah kereta aku menyumbat pakcik yang sedia agam itu beserta Ravi dan segerombolan anak-anaknya.
Event tu start dari 9.30pg-1.30ptg. Kira memang kena laju lah drive. Akhirnya sampai. Kalau tak silap aku ini program Menteri Besar Selangor, pemberian bonus untuk anak-anak TAWAS. Baiknya menteri besar kan? Bagi shopping sebanyak RM100 di Econsave. Aku biarkan Ravi dan anak-anak mencari barang sendiri. Dalam 10min aku pergi menjenguk balik anak beranak itu, mak aiii! Shopping barang dapur macam dapat voucher RM300 pula dia. Aku pula lah yang kena kelas-kelaskan balik. Anak-anak dia boleh letak berpuluh roti paket kecil-kecil (perisa coklat/jagung/vanila) tu dengan beraneka aiskrim. Ini perbelanjaan yang tidak bijak. Terpaksa aku jadi mak tiri diorang. Habis kena cantas.
Dalam perjalanan balik aku mengadu dengan Ravi suruh tengok-tengokkan rumah. Mana tahu belakang rumah tu dah naik lalang jadi hutan Afrika sampai biawak pun dah pandai masuk lubang tandas belakang tu. Aku tanyakan juga pasal racun, sebab rumput liar depan rumah dah bermaharajalela. Saja sembang-sembang kosong. Pakcik penat. Dia pengsan kejap. Sampai rumah, drop semua barang, Ravi tak putus-putus ucap terima kasih. Aku jadi kesian pula nak cas ikut tambang teksi. Aku ikhlaskan saja. Aku siap pesan nanti pangkah lah bendera yang ada dacing. Huhuhu.
Serious aku kesian masa anak beranak ni bershopping. Mungkin dia tak pernah bershopping sebanyak RM100 dan merasakan amount itu cukup besar untuk dia berbelanja. Itu sebab apa yang anak-anak dia letak dalam trolley dia layankan saja. Dan aku kagum dengan semangat juang Ravi membesarkan anak-anak dia seorang diri. Ada isteri tapi isteri sakit meroyan. Mujur dah memiliki rumah sendiri dan motor. Semangat dia memang harus dipuji. Berapalah sangat gaji dia yang bekerja sebagai Pembantu Am dengan 6 mulut hendak disuap?? Macam akulah, ada 4 mulut berbulu yang selalu mengeow nak disua makan. Memang tak cukup wang.
Pakcik selalu pesan, selama 5 bulan aku mengenali dia, dia selalu ingatkan aku "HINA BESI KERANA KARAT, HINA MANUSIA KERANA MISKIN".
Walaupun aku merasakan ini bukan pantun 2 kerat yang sedap bunyinya tapi maksudnya mendalam. Manusia ni cuma dipandang ketika ada kuasa dan duit. Once you drop/fall/lose, you are nothing but a piece of shit.
Ravi kata dia ada minta tolong jiran belakang rumah which is se-kulit dengannya. Dan-dan pagi itu kereta manusia itu rosak tak boleh gerak. Time kami balik, aku lalu depan rumah jiran se-kulit Ravi itu. Elok sahaja, tak ada masalah pun. Hipotesis aku dan pakcik mengatakan jiran dia ni busuk hati tak mahu tolong. Jahatnya kami mengumpat seketika.
Lepas hantar Ravi, aku dan pakcik meneruskan agenda lain. Selesai agenda, aku pulang ke rumah semula dan alangkah terharunya bila tengok lalang depan rumah ku siap dibersihkan. *lap-lap hingus dihujung kain baju*
Lepas ni plan nak tanam serai kat sini |
Pakcik kemudian BBM ku... "Congratulation for sending Ravi to Econsave. Ada human value di situ. Tak sangka u nampak rock tp baik budi bahasa"
Syahdu sekejap. Tapi pakcik kena tahu bila aku marah/hangin/mengamuk hidung aku akan kembang kempis kembang kempis. Buruk sangat rupa masa itew...
Jadi sebelum mengakhiri cerita ini, adakah yang membaca entri ini mendapat pengajaran dan tauladan? Dengar dan faham betul-betul nasihat makcik kertu tau?
Bye!
i know u. wlaupun mulut cam laser, bahasa tak hengat, tp hati u baik. Tak mcm diorg yg kononnya bersopan santun, berbudi bahasa tp hati berulat dan prejudis. And u know why no matter what people say bout u, I will always be ur fren...
BalasPadam