Instagram Shots

Selasa, 22 Mei 2012

Main tarik tali

Biasanya bila hati dah sayang, orang yang hisap dadah berpuluh kali pun kita tetap akan terus sayang. Sebab hati dan perasaan terlalu komplek untuk dikaji secara logik akal. Bila sayang sebetul sayang, melalui hati yang ikhlas segala baik buruk seseorang itu ditelan bulat-bulat.

Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Bercakap tentang soal hati dan perasaan yang wujud kepada manusia khususnya lelaki dan wanita bukan sesuatu yang straight forward dan mudah difaham. Proses ini akan terganggu apabila ego mengatasi segalanya.

***
Puas menangis mengadu nasib kepada kawan-kawan dan apa yang aku lalui ini semua simptom-simptom yang digelar "main tali tali". Ya, mungkin sebahagian dari qada dan qadar tuhan, perkenalan kami cuma sementara. Harap ada hikmah dan kebaikan di sebalik perpisahan ini.

Apabila setiap hari disebut, diulang-ulang kesalahan yang lepas walau setelah berkali-kali aku minta maaf, itu tandanya pihak lagi satu sengaja (diulangi sekali lagi... SENGAJA) dengan cubaan menghuru-harakan keadaan bagi menampakkan aku dipihak yang salah dan patut dihukum.

Aku baru nampak semua perkara yang terjadi seperti dirancang.

Dia cuba melepaskan diri, melepaskan aku pergi tapi tiada alasan yang kukuh. Kekuatan dia sekarang pada kes kantoi aku yang tak seberapa dulu. Patutlah, dia selalu cakap dia lelaki baik. Dia belit banyak fakta. Banyak buat tuduhan palsu. Lelaki baik kah itu??

Biarlah... Ini hari dia. Dia berjaya menipu mengunakan taktik kotornya. Biarlah...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone