Instagram Shots

Rabu, 6 Jun 2012

Must try! Restoran Ayam Kampung Tg. Malim

Pakcik suka makan. Chubby dia pun suka makan. Ngam lah tu...
Tapi di situ saja mereka ngam. Yang lain K.O.

Lupakan pasal K.O itu. Lets focus on the meals that we have masa lawatan ke Kalumpang Resort hari itu. Pakcik tak habis-habis memuji the foods here was great. Macam marveles sampai tempat lain tak ada lah. Pakcik cakap 10 tahun lepas rasanya tetap sama, tak berubah. 

Kepelikan aku sekejap, kenapa time kami sefamili duduk di Tg Malim tak tahu pun pasal kedai ini? Aku cuma tau pasal pau Yik Mun saja.


Kami masuk kedai tu tengok semua dah tak ada dalam tray tu. Tinggal kuah saja. Ingat nak ala-carte kalau dah macam gitu. Sobs. Makan nasi dengan kuah. Bukan rezeki  kot sebab kami sampai pun dah jam 3.00ptg lebih. Masa dah duduk di meja itu pakcik panggil kakak manis yang dok dalam kedai ini, nak minta kuah ayam kampung masak rendang. Tetiba kakak itu cakap ayam ada lagi. Haruslah membuntang mata kami dua, ayam kampung si pembuka selera ada lagi. Terus order 2 ketul. Kakak manis itu sorok tempat lain. Mungkin nak avoid lalat kot. Tapi dijamin kedai itu tiada lalat.

Tara!! Ini baru makan berlauk. Bukan semata kuah saja.
Udang saiz agam. Aku bukan penggemar udang. Tapi makan juga.
Ayam kampung masak rendang uolls!!
Sedap. Tak tipu
Owner kedai best friend dengan peninju Mohamad Ali rupanya
Tanda harga ada dipamerkan. Maklumlah ini sebahagian kerja makcik. :)
Nampak tudung saji itu? Kat situlah dia sorok isi lauk-pauk dia.
Gambar dari arah depan kedai tersebut.
"Satu ketul tak cukup" - Tagline kedai ini kot.

Kedai ini berhadapan dengan sebuah stesen minyak BHP yang attached dengan KFC 24jam. Di sebelah kedai di bahagian kirinya ialah sebuah sekolah menengah kalau tak silap aku nama SMK Khir Johari. Satu benda yang aku ralat sampai hari ini, aku lupa nak ambil no telefon orang dalam kedai ini. Mana tahu eso luasa ada hari nak datang lagi. Senang nak booking siap-siap. Next time la kot.

Teringat-ingat ayam kampung rendang dan ikan haruan goreng yang dimakan dengan nasi panas dan kuah masak lemak udang agam. Ya Allah... kecur air liur ambo.

Jom kita buat trip jalan-jalan pergi Sg Bil, Slim River nak?

 

#ArianiHijabRun2016

Achievement baru?!! Eh tak juga. Acara larian tanpa suami. Gigih nak dapat shawl percuma masa register aritu, tapi bila tengok bib dah nom...