Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2012

Dejavu Di Kinabalu - Wujud lagi cinta begitu?

Seingat aku, selama hidup ni jarang aku follow drama melayu secara tekun. Sekarang dah masuk minggu akhir, aku baru tengok 3 episod drama ini - Dejavu Di Kinabalu (Akasia TV3).


Mulanya agak curious bila mendengar kawan-kawan sepejabat bercerita tentang drama ni. Apa yang best entah? Konon-konon tak ambil port, just buat tak tahu saja. Di mana cantiknya Tiz Zakiah ni pun aku kurang pasti. Lain orang lain selera. Aku cuma mengagumi watak lakonan dia dalam Nur Kasih dulu, yang aku rasa tak wujud pun dalam dunia ni. *negatif*

Pada aku apa yang boleh dibanggakan penggambaran drama ini keseluruhannya di Malaysia - Kundasang yang mendamaikan itu. Cantiknya subhanallah! Memang nak pergi lagi nanti. Ok, back to the topic.

Persoalan aku wujudkah lelaki dan cinta yang sebegitu?

Aduhhhh... itulah sebab aku tak suka nak tengok cerita cinta melayu yang selalu mengkhayalkan itu. Sure kena kutuk. Tapi dah kantoi, terbukti hari ini aku menonton juga.

Bazli... owh Bazli, mula-mula dah macam pasrah melepaskan Nadira, lepas itu bila Nadira meroyan minta maaf, minta kahwin dengan kau semula, kau pula tinggalkan awek yang lagi sorang tu. Kesian awek tu rasa tertipu. Jadi rebounce sudahnya. Berkecai - remuk hati awek itu. Aku boleh rasa apa yang dia rasa.

Nadira lari semula ke Bazli sebab kecewa dengan fakta Ammar pernah menyintai penderma jantung/hati Nadira. Sebab itu je? Ammar pula lembab bertindak, tak boleh ke jadi lelaki gagah terus masuk meminang? Muahahaha. Bestlah jadi Nadira, dua orang lelaki menyimpan perasaan, menyimpan hasrat hati untuk memiliki dia. Hakikatnya dia menyintai si Ammar tu. Dan si Bazli tetaplah menunggu juga. Kaya dan naif.

*Pakcik baru tengok aku lepak dengan budak laki lain terus kena hamun. Tapi si Bazli ni walaupun dah tahu Nadira tak ada hati pada dia, dia give in juga.
*Pakcik tuduh-tuduh aku ada affair dengan Din yang hakikatnya tiada apa-apa hubungan langsung. Bazli aware pasal hubungan Nadira dengan Ammar, tapi disebabkan mulianya nurani si Bazli ini, maka perbuatan itu tak pernah jadi isu.

Di sini aku rasa tipunya cerita cinta melayu ni. Realiti dalam kehidupan, bila seseorang dah tahu aweknya ada hubungan rapat dengan seorang lelaki terus ditinggalkannya plus kalau seseorang itu berduit dan ada kuasa macam Bazli. Inikan pula kalau memang bercinta. Hurmmmm... wujud lagi manusia berhati suci dan cool macam Bazli?

Wujud ke tak wujud? Apa yang aku tau, dalam komuniti kita yang wujud adalah manusia yang pentingkan diri sendiri sahaja.

Sekian.

2 ulasan:

  1. Sayang ni,kadang-kadang boleh membodohkan manusia. =)

    Belum terkena,belum tahu.haha

    BalasPadam
  2. best ke citer tu? sy hari2 tengok astro ceria je time tu... citer katun conan :P

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...