Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2012

Esok harijadi emak saya jadi saya nak cerai!!

CERAI???!


Eh! Jangan fikir bukan-bukan. Saya suka berangan, suka merapu.

Bulan puasa begini sebenarnya paling penting bila kita dalam keadaan jiwa tidak stabil, kita perbanyakan bacaan Quran, perbanyakan zikir dan mendengar ceramah-ceramah agama.

Saya tak macam itu. Liat membuat kebaikan. Sekalipun saya membuat perkara-perkara yang dirasakan baik, tetap pada pandangan orang tertentu saya adalah seorang yang jahat dan tak mahu berubah.

Dah masuk minggu ke dua, saya cuba bertabah dan sabarkan hati. Bila tiada lagi kepercayaan pada diri saya dek kenakalan tempoh hari. Mak dah pesan "Lepaskanlah. Dia cuma nak bermain-main. Tak ikhlas."

Love unconditionally. Bukan dengan meletakkan syarat.

Mak dah warning suruh cerai sebelum mak bagi tahu pada abah untuk masuk campur. Mak tahu "dia" ada niat yang tak baik bila selalu psiko diri saya sampai tiap-tiap malam menangis mengadu pada mak. Perkara akan menjadi lebih rumit. Niat saya cuma untuk share kesedihan.

Saya kena cerai juga. Permainan ini cuma akan membazir masa, jiwa dan raga. Mak cakap jenayah ini  jenayah terancang. Itu sebab saya tak diberi pilihan dan tiada peluang ke dua.

Owhhh hati, sampai bila? Kuatkah kau??? Mampukah berubah??

Saya yakin. Kesabaran seseorang ada hadnya. Tuhan juga maha adil. Biarlah diasak dengan cemuhan, saya pasti perkara yang serupa akan menimpa pada keturunannya. Saya berdosa, saya jahat, saya liar. Panggillah apa sahaja, saya telan.

Tapi ingat, what goes around comes around.


"Bila kamu berdoa & memohon sesuatu kpd Allah 
maka mohonlah dgn penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul."
(HR Ahmad)


2 ulasan:

  1. i pun sokong jugak. doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah SWT..insyaallah.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...